CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 745|Reply: 6

[Tempatan] Kak Tom menyamar pegawai JKM, Baitulmal ditahan polis

[Copy link]
Post time 16-8-2018 04:58 PM | Show all posts |Read mode
KERIAN - Taktik seorang tomboi menyamar sebagai pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal bagi melakukan jenayah curi akhirnya dipatahkan pihak polis selepas ditangkap 3 Ogos lalu.

Malah wanita berperwatakan lelaki ini menyamar menjadi pegawai lelaki dari JKM atau Baitulmal sejak 2010 menggunakan modus operandi sama di beberapa kawasan seperti Pulau Pinang, Bandar Baru dan Kulim, Kedah, serta Perak Tengah dan Selama, Perak.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superitendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, suspek ditahan di kediamannya di Kampung Air Kuning, Changkat Jering pada 3 Ogos lalu sekitar jam 2 petang selepas satu laporan polis dibuat oleh seorang wanita yang ditipu suspek 27 Jun lalu di Simpang Empat, Semanggol.

"Pihak polis kemudiannya menjalankan pemeriksaan lanjut di dalam sebuah beg pinggang yang dipakai suspek dan menemui 18 keping kad ATM pelbagai jenis bank, enam keping mata wang asing dan dua batang anak kunci motosikal.

"Kita juga merampas tiga kopiah putih dan satu songkok berwarna hitam di dalam bilik tidur suspek yang dipercayai digunakannya untuk menipu mangsa," katanya kepada pemberita hari ini.

Tambahnya, siasatan lanjut mendapati suspek berpakaian seperti seorang lelaki bagi mengaburi mangsanya dan memperkenalkan diri sebagai pegawai JKM atau Baitulmal.

"Dia kemudiannya meminta mangsa membuka semua barang kemas dan menukar pakaian yang menampakkan mangsa layak menerima bantuan daripada pihak JKM.

"Semasa mangsa sedang menukar pakaian suspek akan melarikan diri bersama barang kemas dan wang tunai milik mangsa," katanya.

Menurut Omar Bakhtiar, setakat ini pihak polis berjaya mengesan 61 laporan dibuat oleh mangsa-mangsa yang melibatkan modus operandi sama dilakukan oleh suspek sejak 2010 membabitkan nilai kerugian dianggarkan RM165,000.

"Daripada 61 laporan sebanyak 15 kertas siasatan telah dibuka dan disiasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri dalam rumah kediaman dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamari penjawat awam," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2018 05:09 PM | Show all posts
ari tu nurse menyamar nipu warga emas
ni tukar profesion plak jadik pegawai JKM
next MO nak jadik apa bang? ... penjaga tandas LGBT?
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
kak tomona Ali Baru 123456 sila masuk untuk pengesahan diri @jcopy

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
takpa nok dia kan berfefet lg kena masuk tandas pompuan. kalau masuk tandas jantan kang mengamuk pulak abam2 macho tu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 07:04 PM | Show all posts
multinicky replied at 16-8-2018 06:53 PM
kak tomona Ali Baru 123456 sila masuk untuk pengesahan diri @jcopy

aku tak kenal pun sama kak mona kak tom semua tu
pakhusin, lava, indiabest, laba tu semua pun bukan aku

kbye







Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
pengkid ni byk yg lebih kasar dr laki lau terjumpa yg kimak cam ni tapak kaki aq bagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2018 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Pandai plak came up with this kind of ruse nak mencuri. Cuba gunakan kepandaian tu untuk cari rezeki yang halal.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:10 AM GMT+8 , Processed in 0.057130 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list