CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 628|Reply: 7

[Tempatan] Warga emas terpedaya, rugi hampir RM7,000

[Copy link]
Post time 16-8-2018 05:08 PM | Show all posts |Read mode



MARANG - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kepong di Dun Alur Limbat di sini, mengingatkan masyarakat khususnya warga emas berhati-hati dan tidak mudah mempercayai individu tidak dikenali.

Pengerusi MPKK Kepong, Cheku Abu Bakar Cheku Omar berkata, seorang pemuda telah dikesan menyasarkan seorang warga emas, kononnya mahu membantu warga emas terbabit namun menipu dengan 'santun'.

Beliau berkata, dengan alasan mahu menjaga warga emas itu, mangsa percaya pemuda terbabit mempunyai niat yang baik tambahan pemuda terbabit mendakwa ia adalah amanah daripada anak-anak mangsa.

"Ia dikaitkan dengan peristiwa terbaharu, mangsa yang terbaharu, yang berlaku di kampung kita ini, di mana seorang (lelaki) datang menyamar untuk menjaga dia (warga emas terbabit) akhirnya dia menipu.

"Ia melibatkan kerugian wang tunai hampir kira-kira RM1,600, kemudian barang kemas pula bernilai RM2,000 hingga RM3,000. Jadi inilah yang kita hendak elakkan agar ia tidak berulang," katanya, hari ini.

Beliau ditemui ketika melawat mangsa terbabit, Tengku Zaharah Tengku Awang, bersama Pengerusi Persatuan Komuniti Sosial Negeri Terengganu, Yusri Abdul Rahman di rumah warga emas itu, di sini.

Warga emas dua anak berusia 73 tahun itu bukan sahaja mengalami kerugian wang dan barang kemas tetapi turut dipaksa meminjam wang daripada penduduk lain sebelum wang diperoleh bertukar tangan.

Cheku Abu Bakar berkata, mangsa didatangi pemuda terbabit kira-kira dua bulan lalu yang menggunakan helah dengan memperkenalkan diri sebagai wakil untuk menjaga warga emas malang itu.

Menurutnya, mangsa tanpa berfikir panjang bersetuju tambahan pemuda itu mendakwa anak kepada warga emas terbabit memintanya mengurus dan menjaga keperluannya yang tinggal keseorangan.

"Pada peringkat awal mangsa tidak mengesyaki sebarang penipuan namun setelah pemuda itu meminta mangsa untuk meminjam wang dari jiran berhampiran, penduduk pula mula curiga," katanya.

Perkara sebenar hanya terbongkar apabila penduduk meminta penjelasan mangsa yang kemudiannya memaklumkan sudah menyerahkan semua wang tunai serta barang kemasnya kepada pemuda itu.

Menurutnya, mangsa juga sudah membuat laporan polis berkaitan penipuan tersebut selain mengakui dia seolah-olah dipukau pemuda itu sehingga terpaksa menurut sahaja setiap arahan diberikan.

Cheku Abu Bakar kemudiannya mengulangi peringatannya kepada masyarakat setempat khususnya warga emas di kampung itu agar tidak mudah terpedaya sekiranya dikunjungi individu tidak dikenal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2018 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
serah kn duit n brg kemas tuk tujuan apa? Kesian tok nek kne tipu idop2 semoga abg jamil mampos di langgar lori
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 06:33 PM | Show all posts
warga emas kurang kasih sayang mcm tu lah
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 06:37 PM | Show all posts
camno tt kira hampir 7 ribu???

kalau bundarkan kat ribu terdekat pun baru 5k max.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
jaga warga emas ni sama mcm jaga budak2
kene nasihatkan diorg supaya jangan layan strangers
zaman skang ni mcm2 tipi helah org nak sebat duit org lain
anak2 mmg kene over protective jaga parents diorg yg dah tua ni
kalo parents tu degil, biarkan je....lps dah TERkena tipu dgn scammer, baru tau langit tinggi rendah
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
lps mak akak pencen je, kan dpt byk gratuity.so ramai la ntah sapa2 dtg ajak melabur itu ini bagai
awal2 lg aku dah pesan kt mak aku, suruh diorg jmpe aku dulu
sbb mak aku bukan tau sangat psl investment bagai nih
so mmg aku scrutinise atas bawah depan belakang la sapa2 yg jmpe aku masa tu
and yup, stok2 scammer
mmg sedap la aku bahankan korang
yg plg bangsat skim getshit getthis apatah nama
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2018 10:30 PM | Show all posts
Masya Allah.. jahatnya manusia..
sanggup menipu orang yang sebaya
mak bapanya..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2018 09:55 AM | Show all posts
nak tipu pun agak2 la... orang tua kot...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:28 PM GMT+8 , Processed in 0.060890 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list