CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 596|Reply: 1

[Tempatan] Sultan Ibrahim perkenan penubuhan Universiti Johor

[Copy link]
Post time 16-8-2018 05:11 PM | Show all posts |Read mode
ISKANDAR PUTERI 16 Ogos - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah memperkenankan penubuhan Universiti Johor.
PENGERUSI Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan negeri, Aminolhuda Hassan
PENGERUSI Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan negeri, Aminolhuda Hassan

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan negeri, Aminolhuda Hassan berkata, susulan itu pihaknya telah mengadakan perjumpaan dengan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik pada 24 Julai lalu.

“Kertas asas perancangan Universiti Johor telahpun dibentangkan kepada Unit Perancang Ekononi Negeri Johor, Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Tinggi dan wakil menteri pada 6 Ogos lalu.

“Maklum balas positif diperoleh dan semua pihak sangat komited untuk membantu kerajaan negeri dalam merealisasikan Universiti Johor,” katanya dalam ucapan penggulungan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan negeri, Mohd. Khuzzan Abu Bakar.

Aminolhuda berkata, Universiti Johor akan memperkenalkan konsep menggabungkan kerjasama universiti, industri, kerajaan dan komuniti supaya graduan yang dilahirkan memenuhi kehendak industri, kerajaan dan komuniti. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/pendidi ... 30368#ixzz5OKZ1cFxj
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2018 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Daulat tuanku
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:03 PM GMT+8 , Processed in 0.057955 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list