CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 734|Reply: 0

[Tempatan] Lantikan politik diberi tempoh letak jawatan paling lewat awal September

[Copy link]
Post time 16-8-2018 07:27 PM | Show all posts |Read mode
16 Ogos 2018 5:36 PM

PUTRAJAYA 16 Ogos - Kementerian Wilayah memberi tempoh selewat-lewatnya awal bulan hadapan untuk lantikan-lantikan politik kerajaan terdahulu dalam agensi-agensi kementerian berkenaan meletakkan jawatan.


Menterinya, Khalid Abd Samad berkata, setakat ini, lantikan-lantikan politik kerajaan terdahulu yang telah meletakkan jawatan adalah Ahli-ahli Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Ahli-ahli Lembaga Pengarah Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP).

Ujar beliau, pihaknya berharap lantikan-lantikan politik dalam Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Perbadanan Labuan juga akan melakukan perkara demikian bagi membolehkan pelantikan baharu dibuat daripada kalangan golongan profesional.

“Insya-Allah, semua kita akan lakukan sebelum hujung bulan ini, ataupun terlajak pun, mungkin minggu pertama bulan September,

“Kita akan buat pelantikan (baharu) bukan sebagai ganjaran atau balasan atas sebab sokongan politik tetapi kita akan buat lantikan kepada mereka yang kita rasakan perlu khidmat mereka untuk kita tunaikan tanggungjawab dengan cara terbaik,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi YWP berkata demikian selepas menyempurnakan majlis penyerahan sumbangan RM410,000 untuk 85 ekor lembu korban daripada YWP kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sempena Program Korban Perdana YWP 2018.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:53 PM GMT+8 , Processed in 0.063983 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list