Setelah sekian lama tidak diasak 'haters', nama Fynn Jamal tiba-tiba meletup di media sosial gara-gara jawapannya yang dianggap biadab kepada pengikutnya di ruangan komen ASK.
Isu timbul apabila ada pengikutnya yang bertanya soalan mengenai zina namun dibalas oleh Fynn supaya orang lain yang membacanya menghantar 'screenshot' terbabit kepada ibu dan bapa budak tersebut.
Ia mencetuskan ketidakpuasan hati dalam kalangan netizen kerana beranggapan Fynn telah mendedahkan nama pengadu di ruangan IG Stories lalu menyebarkan kepada khalayak yang dianggap tidak serupa bikin.
Kredit foto: Twitter
Bagi netizen, adalah tidak patut Fynn menyebarkan nama pengadu lalu mengugut untuk menyebarkan kepada ibu bapanya.
Tetapi, pengikut Fynn pula mengesahkan akaun IG yang bertanya tersebut sebenarnya 'fake'. Eh! betul ke?
Bagi puak yang mempertikaikan jawapan Fynn pula, mereka lebih geram apabila Fynn seakan sarkastik dengan gosip ini.
Akhirnya Fynn Jamal sendiri mahu menamatkan isu ini dan membiarkan 'haters' di Twitter memenangi perdebatan ini.
Kredit foto: Twitter
Nampaknya Fynn Jamal sentiasa menjadi perhatian ramai netizen. Jadi, apa sahaja yang dilakukan oleh Fynn akan terus diperkatakan. Mengenali karektor pemilik lagu Arjuna Beta ini yang sentiasa bersuara lantang pasti memungkinkan isu Fynn-'haters' tiada berkesudahan.
Mungkin Fynn tidak perlu mempedulikan kata-kata haters ini dalam masa sama menjaga penulisannya supaya tidak dikatakan tidak serupa bikin. - CARI
|