CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1579|Reply: 5

[Tempatan] 15 pemimpin direhatkan demi UMNO pulihkan imej parti

[Copy link]
Post time 19-8-2018 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: : UMNO menafikan dakwaan yang dilaporkan sebuah portal berita bahawa bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak bersama 14 lagi pemimpin akan direhatkan bagi memulihkan imej parti.

Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata perkara itu tidak pernah berbangkit atau dibincangkan di mana-mana.

“Apa niat portal berita mereka-reka cerita kononnya 15 pemimpin Umno akan diminta berehat sementara UMNO dipulihkan? Kononnya ini dicapai dalam ‘retreat’ UMNO baru baru ini.

“Saya ingin menegaskan bahawa perkara seperti ini tidak pernah berbangkit atau dibincangkan di mana-mana pun. Tiada sebarang keputusan sedemikian dibuat.

“Tiada siapa perlu dihalang hak mereka malah kita akan terus saling bersandar dan bersolidariti sebagai satu keluarga besar UMNO,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Pada Sabtu, sebuah portal berita melaporkan Najib akan diminta berehat sementara UMNO pulih semula tanpa menamakan sumbernya.

Laporan itu menyebut, cadangan tersebut berbangkit semasa pemukiman UMNO di Janda Baik baru-baru ini dan mendapat sokongan majoriti.

Dalam pada itu, Annuar berkata UMNO akan terus bersifat terbuka dan demokratik.

“Sudah pasti ada pihak tertentu merancang dan menyusun cerita karut ini. Tiada mana-mana pemimpin UMNO yang harus didiskriminasi. Apa lagi mereka mereka yang telah dipilih oleh rakyat atau telah dipilih oleh ahli parti.

"UMNO sebuah parti yang besar, kepimpinannya pelbagai latar belakang dan gaya kepimpinan. Segala perjalanan parti harus berpandukan peraturan dan Perlembagaan parti,” katanya.

Beliau juga melahirkan keyakinan parti Melayu itu akan muncul lebih kemas dan tersusun dalam menghadapi landskap baharu politik negara.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2018 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku lebih berminat terhadap lagi 14 yang so called kena rehat tu. siapakah?
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2018 02:10 PM | Show all posts
kalau UMNO & BN nak semula kuasa as kerajaan, berikut  adalah mereka2 yg patut deka2 yg direhatkan.

Najib
Zahid
nazri
4-15 - mereka2 yang dah tua renta dan mereka yg tak ada pengaruh.

Ambil mereka2 yang muda dan terpelajar .....  kalau boleh yg grad Oxford, Cambridge, Harvard dan lain2 uni tersohor dunia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2018 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau terpelajar cuma 2 org ja
KJ-oxford
Mustafa mohamad-1st class degree
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2018 02:37 PM | Show all posts
ahmad maslan pun TERpelajar jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2018 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Sepatutnya semua ahli umngok
Buat semak masyarakat je
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-9-2024 08:32 AM GMT+8 , Processed in 0.150284 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list