“Pihak kerajaan sangat serius dalam membanteras pemahaman serta gejala songsang dan radikal ini."
Kerajaan komited membanteras kegiatan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), kata Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad.
Kredit foto: BH Online
Menerusi Facebooknya, Khalid mengesahkan pihaknya menjalankan satu operasi ke atas sebuah kelab gay terkenal di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Difahamkan, kelab berkenaan sudah beroperasi hampir 20 tahun di kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur.
"Operasi Banteras Aktiviti Haram (OPS BAH) siri ke-46 kali ini dilakukan di sebuah kelab gay terkenal di ibu kota, diketuai Ketua Setiausaha, Kementerian Wilayah, Datuk Seri Adnan bin Hj Md Ikshan," katanya.
Operasi sama turut dilakukan di PPR Beringin dan PPR Sri Aman.
Kredit foto: FB Khalid Samad
"Semoga inisiatif yang diambil ini, dapat membendung budaya LGBT dari terus merebak ke dalam masyarakat kita," tulisnya. - CARI |