"Saya tak dapat tengok Instagram (IG) individu tersebut sebab saya dah lama kena blok sejak beberapa tahun."
Baru-baru ini, laman sosial dikecohkan dengan peminat dua pelakon terkenal yang seolah-olah cuba melaga-lagakan mereka.
Kredit foto: IG Neelofa
Pelakon, pengacara dan usahawan terkenal Neelofa menafikan dakwaan ramai pihak yang kononnya dia sengaja mencaras Fazura dengan memakai sepersalinan busana yang terlebih dahulu diingini Fazura.
Namun, berkata kepada Melodi, Neelofa mendakwa dia tidak dapat melihat perkembangan terkini di IG Fazura memandangkan akaunnya sudah lama disekat aktres berkenaan.
"Kalau saya tak disekat pun, macam mana saya nak mengikuti semua posting, perkataan dan kemahuan yang dipaparkan di Instagram?" katanya.
Media sebelum ini melaporkan Fazura ada menyatakan hasratnya untuk memakai baju yang diperagakan model di KLFW menerusi Insta Storynya.
BACA JUGA: Fazura Dan Neelofa Pakai Baju Sama, Siapa Yang Tiru Siapa?
"Koleksi yang ditunjukkan di KLFW adalah Ready-to-Wear, maksudnya bukan one piece untuk one person.
"Siapa-siapa di luar sana semua boleh memakainya, tak ada masalah untuk tengok lebih daripada seorang yang pakai," katanya kepada Melodi seperti dipetik Astro GEMPAK.
Terdahulu, selepas Fazura memuat naik hasrat di Insta Story untuk memiliki koleksi Stardust daripada Innai Red yang diperagakan di pentas KLFW2018, Neelofa dilihat mengenakan sepersalinan lengkap busana itu ketika mengacarakan MeleTOP.
Kredit foto: IG photobynasicky
Pengikut pun, obses sangat dengan idola mereka. Kenapa marah sangat bila memakai pakian yang sama sedangkan sesiapa saja boleh memilikinya? - CARI
|