View: 4285|Reply: 4
|
Duduk Di Luar Negara Selepas Bersara, Ini 5 Lokasi Terbaik Habiskan Usia Senja
[Copy link]
|
|
Pernah tak anda terfikir untuk menetap di luar Malaysia sekiranya anda bersara nanti? Jika anda tiada halangan dari segi kewangan dan sebagainya, kejarlah impian anda itu!
Kali ini kami tampilkan 5 lokasi yang anda boleh pilih untuk menetap selepas bersara nanti.
Chiang Mai, Thailand
Fotoyster.com
Bagi yang sukakan budaya, Chiang Mai mungkin adalah antara pilihan yang baik. Terletak di kawasan pergunungan Thailand, ia jauh dari kota Bangkok yang sibuk namun masih cukup popular.
Chiang Mai tidak mempunyai pantai yang indah seperti Phuket, tetapi suasana santai dan bukit-bukau yang mengelilingi Chiang Mai sungguh mendamaikan.
Valencia, Spain
Fotoyster.com
Fotoyster.com
Bandar Abruzzo menawarkan suasana yang menawan, tidak tercemar dan kawasan perumahan yang murah. Terdapat 3 hutan simpan terletak di sini.
Kawasan ini terhasil dari gabungan moden dan tradisional. Di sini tiada kedai rantaian antarabangsa, namun anda boleh ke Rome dengan hanya dua jam setengah perjalanan.
Bordeaux, France
Fotoyster.com
Jika anda sukakan kawasan tanah tinggi, Bordeaux di Perancis boleh jadi salah satu pilihan anda. Kos tinggal di sini tidak begitu murah tetapi lebih berpatutan berbanding Paris dan Lyon.
Anda akan menemui kedai-kedai rantaian yang tipikal dan restoran Amerika, galeri seni, kafe-kafe dan dataran awam terbesar di Perancis.
Killarney, Ireland
Fotoyster.com
Anda gemarkan kehijauan dan suka menunggang kuda? Killarney, Ireland mungkin tempat yang sesuai untuk anda bersara.
Di sini terdapat taman negara yang sangat indah dan sesuai untuk bersiar-siar atau mendaki. Terdapat juga beberapa padang golf terbaik.
Kaya dengan sejarah dan budaya tempatan, Killarney adalah salah satu tempat yang paling ramai dilawati di Ireland.
Dah buat keputusan atau anda ada lokasi yang lebih sesuai untuk anda berehat nanti? -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau banyak duit apa salahnya |
|
|
|
|
|
|
|
melancong sebulan dua kat luar negara ok
tapi nak tinggal di situ tak nak la
bila bersara nanti
nak balik duduk di kampung
dikelilingi bukit dan sungai yang jernih
|
|
|
|
|
|
|
|
pegi kejap2 blh la..Malaysia tetap di hati... |
|
|
|
|
|
|
|
betul
melancong sekejap saja ok
lepas tu mesti nak balik kampung sendiri
|
|
|
|
|
|
|
| |
|