|
Tular di media sosial rakaman video memaparkan kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun disumbat di dalam mesin basuh.
Menerusi video itu, jelas kedengaran bayi berkenaan menangis ketakutan, manakala ada suara lelaki mentertawakannya.
METRO melaporkan, siasatan polis turut menemui gambar Kacper, 2, dipaksa merokok di media sosial ibunya.
Bagaimanapun, wanita itu menafikan terbabit dengan posting berkenaan dan mendakwa dia akan meninggalkan telefon bimbit di rumah ketika bekerja.
Difahamkan, ibu Kacper, Zaneta D, 21, meninggalkan mangsa dengan rakannya di rumah sementara dia menghantar teman lelakinya yang juga bapa kanak-kanak terbabit ke tempat kerja di Radom, Poland.
Kanak-kanak itu dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan, namun kejadian disiasat sebagai kes penderaan kanak-kanak.
Kredit foto: METRO/CEN
Menurut laporan, polis menahan lelaki berusia 19 tahun bernama Mateusz S yang didakwa memuat naik video berkenaan. Dia bagaimanapun, dibebaskan tanpa syarat.
Polis juga menahan Adam B, 18, yang menjaga mangsa ketika kejadian.
Pendakwa berkata, Adam B dan bapa mangsa, Tomasz K, 22, berdepan tuduhan penderaan kanak-kanak dan boleh dihukum penjara 10 tahun, jika sabit kesalahan. - CARI |
|