Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengharapkan hubungan mereka berkekalan buat selamanya. Pergaduhan dalam sesebuah perkahwinan juga adalah perkara biasa dan menjadi asam garam kehidupan. Kadang kala pasangan suami isteri berjaya menyelesaikan masalah yang timbul dengan baik bagi mengekalkan rumah tangga mereka tetapi ada yang gagal dan terpaksa memilih jalan untuk bercerai.
Seorang Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie telah berkongsi satu kisah tentang kliennya yang menuntut perceraian kerana suaminya telah mengabaikan tanggungjawabnya. Bagaimanapun, kesnya tidak dipersetujui oleh pihak hakim kerana dikatakan dia belum lagi sampai ke tahap kebulur akibat pengabaian si suami sepanjang perkahwinan mereka.
Netizen sedih dan terkilan
Ramai netizen yang berasa sedih setelah membaca kisah yang dikongsi oleh wanita ini. Seringkali wanita diabaikan hak-hak mereka dalam rumah tangga. Ada wanita yang hanya berdiam diri malah ada yang lantang menuntut hak mereka.
Nasib wanita tidak terbela
Rata-rata netizen turut geram dan marah dengan sikap hakim yang tidak adil dan mengambil mudah tentang kes-kes tuntutan nafkah si isteri sedangkan dalam Islam, sudah digariskan tentang hak-hak seorang isteri yang wajar di berikan oleh pihak suami. Tindakan sambil lewa dan tidak tegas pihak hakim membuatkan ramai wanita merana kerana tidak mendapat hak yang sepatutnya. Ia turut menjatuhkan imej institusi kehakiman negara.
Pengalaman netizen sendiri
Ada beberapa orang netizen yang turut berkongsi pengalaman mereka yang pernah turun naik mahkamah bagi kes perceraian dan tuntutan nafkah. Mereka juga mengakui ada hakim yang tidak tegas dalam arahan pemberian nafkah oleh pihak suami dan ada yang serik untuk menuntut hak mereka lagi.
Jika institusi kehakiman turut gagal dalam mengadili hak wanita selepas bercerai, kepada siapa lagi mereka harus tuju bagi menuntut hak yang sepatutnya. Sebab itulah ramai wanita yang berdiam diri dan ada yang sanggup digantung tidak bertali kerana kecewa dengan sikap institusi kehakiman negara. Apa pendapat kalian? - CARI |