Perang besar dikatakan tercetus di antara penyanyi rap Nicki Minaj dan bintang reality televisyen serta pengusaha kosmetik, Kylie Jenner. Katanya, baby Stormi turut menjadi punca. Betulkah?
Kredit Foto: Capital XTRA
Ketika majlis anugerah VMA yang berlangsung baru-baru ini, Kylie Jenner dikatakan cuba mengelak daripada bertembung dengan Nicki Minaj.
Risik punya risik, ini semua berpunca daripada rasa tidak puas hati Nicki terhadap Kylie Jenner, teman lelakinya, Travis Scott dan anaknya Stormi. Pada mulanya, Kylie dan Travis duduk di belakang Nicki tetapi meminta untuk dialihkan ke kedudukan lain.
Kredit Foto: Twitter
Umum mengetahui, Scott baru sahaja mengeluarkan albumnya Astroworld dua minggu lalu dan mendapat tempat pertama dalam carta Billboard, manakala Nicki baru sahaja mengeluarkan albumnya Queen minggu lalu dengan harapan akan memintas kedudukan album Scott.
Malangnya, album Nicki itu gagal meletup di pasaran dan hanya mendapat tempat kedua di belakang Scott.
Kredit Foto: Reddit
Nicki berasa tidak puas hati dan menyerang Scott di akaun Twitternya. Menurut Nicki, kedua-dua album mereka mendapat jumlah jualan sama iaitu 185,000 unit, tetapi album Scott mendapat tempat pertama kerana hasil jualan album dan promosinya dibantu Kylie dengan mengiklankannya menggunakan Stormi di Instagram.
Kredit Foto: Pulse.eg
Nicki juga menyelar Spotify dan Republic Record atas kegagalan mempromosikan album terbarunya itu. Bagaimanapun, tuduhan Nicki itu dinafikan oleh kedua-dua syarikat tersebut.
Kredit foto: IG Kylie Jenner
Nampaknya, Nicki perlu bekerja keras untuk tetap relevan dalam industri muzik dengan kehadiran ramai bintang rap wanita seperti Cardi B dan Remy Ma yang bakal mengantikan kedudukannya pada bila-bila masa sahaja. - CARI |