Dari kiri depan, Rowden, Hesset, Hisham disisi ibunya.
Beberapa tahun lalu video perkahwinan bertajuk "A Wedding That Will Move You: Rowden dan Leizel" durasi selama 3 minit di You Tube, pernah VIRAL buat seketika. Video yang mencecah 15 juta lebih ini telah membuatkan semua yang menonton menitiskan airmata. Namun ada kisah menyayat hati antara Rowden dan Leizel di sebalik itu. Kisah Loreile Go, ibu kepada pengantin lelaki iaitu Rowden Go kembali membuatkan semua tersentuh dan berasa begitu simpati dengan apa yang terjadi kepada ibu tunggal ini.
Kisah ibu ini mula mendapat perhatian apabila anak sulungnya Rowden Go meninggal dunia selepas beberapa jam melangsungkan perkahwinan dan ia merupakan permintaan terakhir Rowden untuk melangsungkan perkahwinan kerana sebelum didiagnosis anaknya itu sudah merancang untuk berkahwin pada Julai 2014. Namun setelah didiagnosis, kesihatan Rowden semakin merosot dan Jun 2014 majlis mereka dilaksanakan.
Apa yang membuatkan kisah ibu ini menjadi perhatian, apabila anak keduanya iaitu Chef Hasset Go turut menghidapi sakit yang sama. Anak keduanya merupakan chef selebriti terkenal di Filipina dan perlu merasa rasa sakit yang sama seperti abangnya.
Hasset Go yang dikenali ramai, dan sering mengemaskini aktiviti hariannya di laman sosial berkongsi serba-sedikit kehidupannya yang sentiasa bersemangat melawan penyakit. Namun hari demi hari keadaan Hasset semakin merosot. Pada 24 Oktober 2015, Hasset Go meninggal dunia pada usia 29 tahun dan dia disemadikan bersebelahan dengan abangnya. Tidak lama kemudian kisah mereka diangkat dijadikan cerita.
Kisah kehidupan Loreile Go dan pemergian dua anaknya akibat sakit yang sama, sudah cukup membuatkan orang-orang yang mengikuti kisah mereka begitu terkesan. Loreile Go seorang ibu tunggal yang cekal dan harus menerima kenyataan yang dia sudah kehilangan kedua-dua anak lelakinya dalam tempoh terdekat.
Kehidupan Loreile Go selepas itu hanyalah bersama anak bongsunya iaitu Hisham Go dan bekas isteri Rowden, dan cucunya. Dia perlu menjadi kuat untuk meneruskan hidup dan kekal tabah demi satu-satunya anak yang dia ada yang juga setahun selepas Hasset pergi, turut didiagnosis oleh doktor menghidap penyakit yang sama seperti abang-abangya. Tidak sama seperti kedua mendiang abangnya yang agak terlambat mengetahui tentang penyakit itu, Hisham didianogsis menghidap kanser hati tahap awal dan memerlukan kos yang agar besar untuk perubatannya.
Hisham Go
Mereka giat memperjuangkan tentang kesedaran kanser dan semampu boleh melawan penyakit ini bersama-sama serta dalam masa yang sama mengumpul dana untuk perubatan Hisham dengan slogan kata, "Not This Time".
Setiap hari Hisham mengamalkan gaya hidup sihat demi kesihatannya. Seperti mendiang abang-abangnya, dia sudah mula dikenali. Kisah abangnya sebelum ini sudah membuatnya lebih dikenali dan kisahnya pula turut melalui nasib yang sama membuatkan dirinya menjadi tumpuan dan menerima sokongan positif dari semua orang mengikuti perjalanan hidupnya.
Lorelei dan Hisham optimis bahawa mereka akan mengatasi cabaran itu. Mereka juga sempat terbang ke Guangzhou di China untuk mencuba alternatif perubatan yang dikenali sebagai cryosurgery. Namun, dalam satu lagi peristiwa yang dramatik, pembedahan itu tidak dapat dilakukan sejak doktor memberitahu Lorelei dan Hisham bahawa kanser sudah mencapai tahap 4 dan tidak mungkin Hisham dapat bertahan dalam prosedur.
Mereka dinasihatkan untuk kembali ke Filipina dan mencari pendapat kedua. Tetapi Loreile membuat keputusan untuk membawa Hisham pulang dan merawat Hisham di rumah dengan bantuan jururawat persendirian. Makin hari keadaan Hisham semakin merosot. Dia semakin lemah dan berat badannya turun mendadak, namun demikian Hisham tidak pernah mengalah. Dia diwawancara dan berkata, dia perlu berjuang hingga nafas terakhirnya dengan kata-katanya lagi,"I will fight. I always pray because I believe it is not yet the end for me".
Foto Carian internet
Tiga hari selepas di wawancara, Hisham juga pergi untuk selamanya ketika di usia 27 tahun, iaitu pada 14 November 2017. Penyakitnya yang pada awalnya berada pada tahap 1 dan beberapa bulan kemudian menjadi tahap 4, telah membawanya pergi bersama abang-abangnya dan dia juga disemadikan bersebelahan dengan abang-abangnya.