CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2038|Reply: 5

Jom Berkelah Bersama Datuk Seri Najib Razak Pada Hari Kebangsaan.

[Copy link]
Post time 29-8-2018 06:09 PM | Show all posts |Read mode


Berita baik buat penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


Kredit foto: carian internet



Sempena cuti umum Hari Kebangsaan pada Jumaat ini, penyokong berpeluang “berkelah” bersama beliau di sekitar Memorial Tun Razak di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur.


Memetik laporan Utusan Online, program rekreasi berkonsepkan kekeluargaan itu anjuran Pemantau Malaysia Baru dan Pergerakan Sivil & Hak Asasi Manusia Malaysia atau CHaRM.


Presiden Pemantau Malaysia Baru, Datuk Lokman Noor Adam berkata, bagi ibu bapa dan individu yang mahu berjalan kaki dan berkelah bersama dengan bekas Perdana Menteri boleh menyertai perkelahan yang akan diadakan ini.

"Selain mendengar ucapan bekas perdana menteri itu dan tayangan video, acara itu termasuklah penyampaian hadiah “Datuk Seri Najib di hatiku.”

"Acara makan, berkelah dan bermain dibuat selepas majlis tersebut dan peserta digalak membawa makanan, minuman dan tikar sendiri."


Mereka yang ingin menyertai perkelahan Mengenang Jasa DSN ― boleh mendaftar di laman sesawang 1Malaysia Merdeka.


Acara rasmi Hari Kebangsaan tahun ini dengan tema Sayangi Malaysiaku disambut kerajaan baru Pakatan Harapan di Putrajaya.- CARI


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2018 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada bbq tak..
Maklum.la..piknik khen
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2018 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Potluck gitu konsepnye. Kak mah masak ape la nnt agaknye
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2018 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow. Jommm
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2018 07:14 PM | Show all posts
jcopy ...dizek...tunggu apa lagi...masak banyak2 tau sb tuan mu dah tak berduit jadi terpaksa harapkan ehsan penyokong2 terbantut percantuman otak
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2018 07:22 PM | Show all posts
Sayang kapal Equinimity dah kena rampas. Tidak kalu musti Kleptokrat kesayangan ramai ni ajak rakyat picnic atas yatch tu.....

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 05:01 PM GMT+8 , Processed in 0.053362 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list