View: 3159|Reply: 16
|
Bagaimana Penjenayah Misteri 'Golden State Killer' Ditangkap 45 Tahun Kemudian.
[Copy link]
|
|
Sekitar tahun 1974 penduduk Sacramento, Contra Costa, Stockton dan Modesto di California dikejutkan dengan beberapa siri jenayah rogol, bunuh dan rompak. Sehingga tahun 1986, sebanyak 13 kes pembunuhan, 50 kes rogol dan lebih 100 pecah rumah direkodkan.
Kredit Foto: WKBT (Antara mangsa)
Berdasarkan bukti yang ditemui dan modus operandi yang sama, polis merumuskan kesemua kes jenayah tersebut dilakukan oleh orang yang sama. Polis dan media menggelar penjenayah ini Golden State Killer. Siasatan demi siasatan dilakukan tetapi penjenayah misteri ini tidak pernah ditemukan walaupun banyak lakaran wajahnya disebarkan. Kes pembunuhan Golden State Killer juga tiba-tiba berhenti sejak 1986.
Kredit Foto: MyAJC.com (lakaran penjenayah)
Hampir 45 tahun sejak kes jenayah Golden State Killer mula dilaporkan, akhirnya pada April 2018 polis berjaya menangkap Joseph James DeAngelo, 72 tahun seorang bekas tentera laut dan pegawai polis. Perbandingan bukti DNA di tempat kejadian mengesahkan bahawa Joseph James DeAngelo adalah penjenayah misteri Golden State Killer yang dicari-cari selama ini.
Kredit Foto: Fox News (lakaran dan wajah penjenayah)
Bagaimana polis boleh memecah kebuntuan ini? Mengapa polis memakan masa yang sangat panjang untuk menangkap penjenayah misteri ini? Bagaimana polis akhirnya berjaya memerangkap Golden State Killer?
Semuanya bermula dengan teknologi DNA.
Selama ini polis mengesyaki Golden State Killer ialah seorang yang terlatih dari segi keselamatan berdasarkan kecekapannya mengelak perangkap. Selain itu, kes jenayah juga tiba-tiba terhenti pada tahun 1986 apabila teknologi DNA mula diperkenalkan. Rupanya Golden State Killer adalah salah satu daripada anggota mereka sendiri dan dia menghentikan jenayahnya selepas takut teknologi baru itu akan memerangkapnya.
Kredit Foto: Imgur.com (wajah penjenayah ketika menjadi polis)
Bagaimanapun, polis menghadapi kebuntuan kerana walaupun DNA darah dan sperma ditemui di tempat kejadian jenayah, mereka tidak ada sebarang suspek untuk dibuat perbandingan. Database DNA penjenayah sedia ada milik polis juga tidak ada yang sepadan.
Pada tahun 2016, pihak polis mendapat idea untuk meminjam database daripada beberapa syarikat ujian DNA internet yang menawarkan perkhidmatan mencari geneologi atau susur galur keluarga untuk membuat perbandingan.
Kredit Foto: Teachmegeneology.com (antara website genealogy)
Polis mendapati DNA seorang wanita muda daripada salah satu website geneologi itu mempunyai persamaan yang ketara dengan DNA milik Golden State Killer, menunjukkan hubungan persaudaraan.
Siasatan lanjut polis mendapati wanita muda itu mempunyai seorang datuk berumur 72 tahun yang pernah tinggal di Sacramento, Contra Costa, Stockton dan Modesto ketika kes jenayah Golden State Killer berleluasa di sana. Lelaki itulah Joseph James DeAngelo, penjenayah yang dicari-cari selama lebih 4 dekad.
Kredit Foto: BBC News
Untuk mengesahkan identiti Joseph James DeAngelo, polis telah melakukan intipan 24 jam di luar rumah beliau dan apabila Joseph membuang sampahnya, polis mendapatkan sampel DNA melalui sudu dan berus gigi untuk ujian perbandingan yang menghasilkan keputusan positif.
Kredit Foto: CTV News
Akhirnya pada 24 April 2018, polis mengumumkan pendakwaan terhadap Golden State Killer. Sejarah perogol dan pembunuh misteri paling kejam di Amerika Syarikat berkubur hasil teknologi DNA terkini dan memberi kelegaan kepada semua anggota keluarga mangsa. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Clever clever squirrel jump. |
|
|
|
|
|
|
|
there u go!
mampos mereput la dalam jel |
|
|
|
|
|
|
|
so dengan umo atuk ni agak2 ape hukuman seswai bagi atuk ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin hukum mati tapi kerana umur dapat penjara seumur hidup kot
|
|
|
|
|
|
|
|
Senarai kes
# Date Time Location County
1 Friday, June 18, 1976 4:00 a.m. Rancho Cordova[49][50][51] Sacramento
2 Saturday, July 17, 1976 2:00 a.m. Del Dayo Dr., Carmichael[50][51] Sacramento
3 Sunday, August 29, 1976 3:20 a.m. Rancho Cordova[50][51] Sacramento
4 Saturday, September 4, 1976 11:30 p.m. Citrus Heights[50][51] Sacramento
5 Tuesday, October 5, 1976 6:45 a.m. Citrus Heights[52][50][51] Sacramento
6 Saturday, October 9, 1976 4:30 a.m. Rancho Cordova[50][51] Sacramento
7 Monday, October 18, 1976 2:30 a.m. Del Dayo Dr., Carmichael[50][51] Sacramento
8 Monday, October 18, 1976 11:00 p.m. Rancho Cordova[50][51] Sacramento
9 Wednesday, November 10, 1976 7:30 p.m. Greenback Ln., Citrus Heights Sacramento
10 Saturday, December 18, 1976 7:00 p.m. Carmichael Sacramento
11 Tuesday, January 18, 1977 11:00 p.m. Glenbrook/College Greens, Sacramento[53] Sacramento
12 Monday, January 24, 1977 12:00 a.m. Primrose Dr., Citrus Heights[54] Sacramento
13 Monday, February 7, 1977 6:45 a.m. Crestview Drive and Madison Ave., Citrus Heights[55] Sacramento
14 Wednesday, February 16, 1977 10:30 p.m. Ripon Court[56] Sacramento
15 Tuesday, March 8, 1977 4:00 a.m. Robertson and Whitney Ave., Sacramento[57] Sacramento
16 Friday, March 18, 1977 10:45 p.m. Rancho Cordova[58][59] Sacramento
17 Saturday, April 2, 1977 3:20 a.m. Madison and Main Ave., Orangevale Sacramento
18 Friday, April 15, 1977 2:30 a.m. Madison and Manzanita Avenues, Crestview[60] Sacramento
19 Tuesday, May 3, 1977 3:00 a.m. Glenbrook/College Greens, Sacramento[61] Sacramento
20 Thursday, May 5, 1977 2:40 a.m. Orangevale[61] Sacramento
21 Saturday, May 14, 1977 3:45 a.m. Greenback Ln. and Birdcage St., Citrus Heights[62] Sacramento
22 Tuesday, May 17, 1977 1:30 a.m. Sand Bar Circle, Del Dayo Dr., Carmichael[63] Sacramento
23 Saturday, May 28, 1977 1:00 a.m. Fourth Parkway, South Area, Sacramento[64] Sacramento
24 Tuesday, September 6, 1977 1:30 a.m. Lincoln Village West[65] San Joaquin
25 Saturday, October 1, 1977 1:30 a.m. La Riviera and Tuolumne Dr., Rancho Cordova[66] Sacramento
26 Friday, October 21, 1977 3:00 a.m. Elkhorn Blvd./Diablo Dr., Foothill Farms[67] Sacramento
27 Saturday, October 29, 1977 1:45 a.m. Woodson Ave., Sacramento[68] Sacramento
28 Thursday, November 10, 1977 3:00 a.m. La Riviera Dr. near Watt Ave., Sacramento[69] Sacramento
29 Friday, December 2, 1977 11:30 p.m. Brett and Revelstoke Dr. Foothill Farms[70][71] Sacramento
30 Saturday, January 28, 1978 10:15 p.m. Winding Way, east of Walnut Ave., Sacramento[72][73] Sacramento
31 Thursday, February 2, 1978 9:00 p.m. Rancho Cordova[74][75][76] Sacramento
32 Saturday, March 18, 1978 1:05 p.m. Parkwoods, Stockton[77] San Joaquin
33 Friday, April 14, 1978 10:00 p.m. Seamas and Riverside Aves., South Sacramento[78][79] Sacramento
34 Monday, June 5, 1978 2:30 a.m. Northeastern Modesto[79][80] Stanislaus
35 Wednesday, June 7, 1978 3:55 a.m. UC Davis, Davis[81] Yolo
36 Friday, June 23, 1978 1:30 a.m. Northeastern Modesto Stanislaus
37 Saturday, June 24, 1978 3:15 a.m. Rivendell, Davis Yolo
38 Thursday, July 6, 1978 2:50 a.m. Westwood Division, Davis[82] Yolo
39 Saturday, October 7, 1978 2:30 a.m. Concord[83] Contra Costa
40 Friday, October 13, 1978 4:30 a.m. Concord[84] Contra Costa
41 Saturday, October 28, 1978 4:30 a.m. San Ramon[85][86][87] Contra Costa
42 Saturday, November 4, 1978 3:30 a.m. San Jose Santa Clara
43 Saturday, December 2, 1978 4:30 a.m. San Jose Santa Clara
44 Saturday, December 9, 1978 2:00 a.m. Danville Contra Costa
45 Monday, December 18, 1978 6:30 p.m. San Ramon[88][89] Contra Costa
46 Tuesday, March 20, 1979 5:00 a.m. Rancho Cordova[88][89] Sacramento
47 Wednesday, April 4, 1979 1:00 a.m. Fremont[90] Alameda
48 Saturday, June 2, 1979 11:30 p.m. Walnut Creek[91] Contra Costa
49 Monday, June 11, 1979 4:00 a.m. Danville[92] Contra Costa
50 Monday, June 25, 1979 4:00 a.m. Walnut Creek[93] Contra Costa
51 Thursday, July 5, 1979 3:45 a.m. Danville[94][95] Contra Costa
|
|
|
|
|
|
|
|
Lambat atau cepat akhirnya tertangkap jua |
|
|
|
|
|
|
|
wow.. kena tangkap just right usia dah nak habis.
ada bagus jugak ada teknologi DNA tracker camnie. |
|
|
|
|
|
|
|
gigih betul team ni bukak kes lama
tahniah
|
|
|
|
|
|
|
|
Bgus..pihak polis xputus asa.. |
|
|
|
|
|
|
|
ni bukan salah satu kes yang dibentang oleh dani-rox ke dalam forem ni jugak. tapi masa tu takde penyelesaian lagi? |
|
|
|
|
|
|
|
Good job polis tak putus asa selesaikan kes walaupun dah 45 tahun |
|
|
|
|
|
|
|
Sbb tu lah org ckp kadang org jahat ni ada dekat dgn kita je.. Entah2 tgh tidur sebelah kita.. |
|
|
|
|
|
|
|
Patutla dulu2 sukar ditangkap, dah dia pun enforcement officer - polis dan tentera. Bagus la tertangkap akhirnya. Justice for the victims and closure for the victims' families. |
|
|
|
|
|
|
|
takde DNA database utk polis n tentera ek |
|
|
|
|
|
|
|
atuk da tua... jgn la hukum atuk berat2 cu... |
|
|
|
|
|
|
| |
|