Esok, kita akan menyambut kemerdekaan yang ke-61 dengan slogan 'Sayangi Malaysiaku'. Biarpun persediaan untuk menyambutnya tidak segah dahulu, namun kita masih mahu meraikannya sebagai tanda kesyukuran berada dalam negara berbilang bangsa yang aman makmur.
Namun, dalam kemeriahan yang hanya beberapa jam lagi menjelangnya 31 Ogos, laman media sosial dicemari oleh poster yang menyokong golongan LGBT. Bekas Pegawai Akhbar Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq iaitu Numan Afifi memuat naik poster yang telah disunting gambar bendera Malaysia kepada bendera LGBT serta tagline 'Tahan & Lawan'memuncakkan kemarahan warga Malaysia.
Kredit foto: Twitter
Ternyata setelah meletak jawatan dalam kerajaan, Numan Afifi dilihat terang-terangan menyokong serta menggalakkan golongan LGBT ini mempertahankan hak mereka. Perbuatan Numan sangat mencemari negara berdaulat.
"Orang tua pegang bendera LGBT tu gay ke?"
Poster ini juga membuatkan ramai netizen salah faham dan menyangka ia adalah poster yang sebenarnya. Walhal ia adalah imej yang telah disunting.
Foto : Google
Lebih menyedihkan, ia adalah satu penghinaan kerana mengubah karikatur asal kepada perkara yang tidak bermoral, lebih-lebih lagi ketika warga Malaysia mahu menyambut bulan kemerdekaan. Apakah niat mereka sebenarnya?
"Agama Islam pun boleh dihina, setakat bendera ni, apa lah sangat bagi puak LGBT ni. Mana teguran pemimpin PH?"
Bagi netizen, golongan LGBT semakin biadab dan mempersendakan agama Islam serta kerukunan rakyat Malaysia. Malahan ajakan Numan sebegini memecahbelahkan lagi masyarakat umumnya.
Foto : Google
Netizen juga memohon pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap mereka yang terus-terusan menggugat keselamatan negara.
Setelah pelbagai polemik yang ditimbulkan oleh golongan LGBT ini, sudah sampai masanya kerajaan mewar-warkan garis panduan apa yang boleh dan tidak dibenarkan dilakukan dalam negara berdaulat seperti Malaysia.
Ini akan membuatkan ramai warga lebih sedar tentang kepentingan menjaga kerukunan majoriti rakyat Malaysia berbanding memperjuangkan hak minoriti yang sebenarnya mereka tidak disisihkan pun, sekadar play victim sahaja. Moga kita dapat melalui halangan ini tanpa memerlukan undang-undang sebagai penyelesaian. - CARI
|