Kisah perli memerli antara pencipta lagu Hikayat Ben Ladin, Malique yang didakwa ditujukan kepada Altimet masih kedengaran di mana-mana. Dendangan rap oleh penyanyi remaja Ben Ladin ini pula dikatakan terbaik dengan sebutannya yang terang dan jelas. Pujian ini memberikan satu lonjakan kepadanya dalam industri hiburan yang banyak dikuasai oleh lagu pop.
Namun, reputasinya tercalar apabila stesen televisyen bertanya penyanyi remaja ini soalan mengenai kemerdekaan. Banyak soalan ringkas tidak dapat dijawab oleh Ben hingga membuatkan netizen mempersoalkan kewibawaan Ben sebagai warga Malaysia.
Twitter
Ramai netizen yang menghentam Ben Ladin kerana tidak peka dengan sejarah negara.
"Buat malu ja kau ni dik. Basic info pasal negara sendiri pun failed. Pastu gelak-gelak macam takda apa-apa."
Kredit foto: Twitter
Sedih apabila warga Malaysia sendiri seperti tidak ambil peduli dengan salasilah negara dan lebih menghairankan ialah apabila bukan warganegara seperti pemuda dari Bangladesh ini mampu menjawab soalan mengenai Rukun Negara dengan tepat.
Selain itu, nampaknya ramai yang tidak sabar untuk mendengar lagu baru Altimet untuk melawan lagu penyanyi yang berusia 17 tahun ini.
Kredit foto: Twitter
Malahan, ada netizen yang mempersoalkan cadangan segelintir pihak yang mahu remaja belasan tahun ini mengundi, sedangkan banyak yang mereka tidak tahu pun mengenai Malaysia.
Yang sebenarnya bukan Ben Ladin sahaja yang gagal menjawab soalan mengenai salasilah Malaysia dengan betul. Pasti ramai remaja sebayanya atau pun warga Malaysia lain yang langsung tidak ambil tahu mengenai hal ini kerana berasa ia tidak penting.
Namun, sebagai selebriti, Ben harus tahu dan melengkapkan diri dengan ilmu supaya tidak nampak 'kosong' terutamanya apabila berhadapan dengan soalan sebegini. Semoga ia menjadi pengajaran kepada artis lain untuk membaca perkara asas mengenai Malaysia ini.- CARI
|