View: 796|Reply: 0
|
Kes Salah Guna Dana PRU 14: Bekas KP Perisikan Dibebaskan
[Copy link]
|
|
Memetik laporan Bernama, bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid yang direman berhubung kes salah guna wang peruntukan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di Putrajaya hari ini.
Kredit foto: www.airtimes.my
Namun, Majistret Nik Muizzuddin Nik Muhammad mengarahkan pasport Hasanah diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Hasanah, 61, sebelum ini direman enam hari sejak 29 Ogos lalu mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Dalam pada itu, peguam Hasanah, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz memaklumkan, pihak SPRM pada mulanya memohon supaya pasport anak guamnya diserahkan dan perlu menyerahkan wang jaminan sebanyak RM50,000.
Bagaimanapun, katanya, pihaknya membantah permohonan wang jaminan itu kerana tiada justifikasi undang-undang menetapkan pembebasan reman memerlukan seseorang itu mendepositkan wang sebagai jaminan.- CARI |
|
|
|
|
|
|
| |
|