View: 6508|Reply: 45
|
[Dunia]
Anak Lemas Cuba Selamatkan Diri Sendiri Sementara Ibunya Leka Main Telefon
[Copy link]
|
|
Rakaman mengejutkan menunjukkan detik cemas seorang kanak-kanak sedang mencuba sedaya menyelamatkan dirinya daripada terus lemas kira-kira 90 saat sementara ibu yang berada dihadapannya sedang leka bermain telefon pintar.
Dalam klip video itu, kanak-kanak tersebut dilihat cuba mendapatkan perhatian ibunya tetapi dia langsung tak menyedari kejadian yang menimpa anak itu walau pun berada pada jarak yang sangat dekat.
Kejadian berlaku di salah sebuah pusat mainan kanak-kanak di bandar Fuzhou, Fujian apabila pelampung yang digunakan oleh Xiaoai tiba-tiba terbalik ke belakang.
Seorang lagi kanak-kanak yang berada di dalam kolam yang sama dilihat cuba menyelamatkan Xiaoai apabila dia cuba menghulur tangannya ke arah mangsa, dan mendapatkan pelampung untuk mangsa berpaut namun usahanya tidak berhasil.
Setelah lebih 90 saat bertarung sendirian di dalam kolam, ibu mangsa yang menyedari pergelutan tersebut segera mendapatkan Xiaoai dan membawa keluar daripada kolam tersebut.
Mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Doktor yang merawat berkata, “sejurus kanak-kanak itu tiba ke sini, jantungnya terhenti dan wajahnya sudah berubah ungu.”
“Kami cuba mendapatkan denyutan nadinya kembali menggunakan rawatan kecemasan, tapi kami dia tak dapat bernafas dengan baik dan didapati masih koma.”
Ibu mangsa dalam satu temu bual berkata, “saya hanya tengok telefon tak sampai seminit.”
Kes masih disiasat dan kolam tersebut telah pun ditutup sementara polis menjalankan siasatan.
Sumber: Mirror UK
|
|
|
|
|
|
|
|
ini khiinzir mana tahu jaga anak
tahu beranak cam babi je
|
|
|
|
|
|
|
|
astaga. kan dah tak pasal kehilangan anak. menyesal pun takde guna dah |
|
|
|
|
|
|
|
tak apa gagal anak yang ni.. boleh buat anak baru |
|
|
|
|
|
|
|
“Saya hanya tengok telefon tak sampai seminit.”
Hmmm... masih nak dakwa dia x bersalah? |
|
|
|
|
|
|
|
I pun cuma tengok telefon tak sampai seminit.. alih2 dah habis waktu lunch..hmmm |
|
|
|
|
|
|
|
Dah ler kolam tu agak dalam untuk anak seusianya tetap gigih biarkan anaknya tu sendiri tampa pengawasan mendapat ler jawabnya |
|
|
|
|
|
|
|
boleh mengadap fon masa anak tengah main air????? apa niiiii? |
|
|
|
|
|
|
|
Sibuk layan forum agaknya si mak tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
ouh china as usual. klu kat malaysia mmg aku kecam parents tu |
|
|
|
|
|
|
|
tak sampai seminit bagi kau, tapi bagi anak kau yang lemas tu macam sejam tau terkapai kapai. kesiannya budak tu |
|
|
|
|
|
|
|
betapa bernilainya 1 minit.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nama je seminit. Tp malaysia boleh kalah kt tgn jepun dlm masa seminit terakhir. So ko xboleh nk assume seminit kau mcm sekejap je ehh. Mcm2 blh jd. Sbb mainland, aku mls nk kata lebih. |
|
|
|
|
|
|
|
lepas nih kau layan la henpon kau 24/7 |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya tengok terkapai2 macam tu! mak dia tu cuai tu satu hal dah, pelampung tu pun mmg tak boleh guna utk toddler |
|
|
|
|
|
|
|
Menyesal xsudah maknya.. moga ank tu selamat.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|