View: 1319|Reply: 4
|
Lelaki Mengaku Sebagai Tuhan, Dituduh Letak Bom Di Sri Pentas
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas pertuduhan membuat panggilan palsu kononnya meletakkan bom di dalam Bangunan Sri Pentas TV3, Bandar Utama.
Nur Azhan Kamaluddin, 46, yang mendakwa dirinya sebagai Tuhan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Salamiah Salleh.
Harian Metro melaporkan, Azhan yang menghidap penyakit mental, didakwa melakukan ugutan jenayah dengan membuat panggilan telefon ke pusat kawalan daerah Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya menyatakan telah meletakkan bom di Sri Pentas TV3.
Foto: NST
Pada 28 Ogos lepas, bangunan Sri Pentas TV3 terpaksa dikosongkan selepas pihak pengurusannya menerima panggilan palsu terdapat bom di dalam premis itu.
Dakwaan kes dilakukan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.
Selain itu mahkamah juga tidak membenarkan jaminan kerana tertuduh akan dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan, Perak.
Mahkamah juga menetapkan 4 Oktober untuk laporan perubatan disediakan. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Ok. Sakit mental. Samalah dgan LGBT bak kata lobai. So sila sebat dia di khalyak {:smile |
|
|
|
|
|
|
|
kalau kata dia gila, tapi kenapa dia tau pulak no talipon pj police station & sri pentas. pastu pandai & elok pulak dia call both numbers & bagitau ada letak bom kat sri pentas. musykil betul |
|
|
|
|
|
|
| |
|