View: 3118|Reply: 27
|
Suami Isteri Tak Mengaku Cabul, Aniaya Lima Kanak-kanak Di Pusat Tahfiz
[Copy link]
|
|
Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah melakukan penganiayaan terhadap lima kanak-kanak berusia antara tujuh hingga 12 tahun sejak tahun lalu.
Lebih menyedihkan, seorang daripada mangsa dicabul di sebuah pusat tahfiz, lapor Astro AWANI.
Pengakuan itu dibuat Uji Che Mat, 43, dan suaminya Mohd Zamzuri Abdul Manap, 42, di hadapan Hakim Dazuki Ali di Mahkamah Sesyen Kuantan pada Rabu.
Kredit foto: Astro AWANI
Menurut laporan, Zamzuri berdepan lima pertuduhan, manakala isterinya berdepan tujuh pertuduhan melakukan penganiayaan terhadap lima kanak-kanak termasuk mencabul seorang daripadanya sejak Januari 2017 hingga Ogos lalu di Ribath Tahfiz Asyirazi di Kuantan.
Berdasarkan kertas pertuduhan, wanita berkenaan didakwa menyalakan pemetik api pada kemaluan mangsa berusia tujuh tahun dan mengugut mahu memotong kemaluannya dengan gunting.
Uji didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Tertuduh juga didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan bagi kesalahan mencabul kehormatan mangsa sama dengan cara memegang dan menarik kemaluan mangsa pada tempat dan masa yang sama.
Wanita terbabit berdepan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana daripada dua hukuman itu, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, pasangan berkenaan didakwa bersama atas empat pertuduhan menganiaya empat kanak-kanak berusia antara tujuh hingga 12 tahun di bawah jagaan mereka dengan cara merotan berulang kali sehingga mengalami kecederaan fizikal.
Hakim menetapkan 4 Oktober sebagai tarikh sebutan semula kes dan tertuduh perlu membayar jaminan berjumlah RM45,000. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Eeeeehhhh.. Kecik2 xnak mampus.. Dah tua aniaya anak org |
|
|
|
|
|
|
|
heishh... tau pulak malu, tutup2 muka |
|
|
|
|
|
|
|
Salah mak bapak juga, suka nor antar anak ke PUSAT TAHFIZ.
Semua melaon berjubah, berserban bertudung laboh boleh bukak PUSAT TAHFIZ.
Bukan ada asas agama pun, cuma pandai ngaji sikit-sikit, terus bukak Pusat Tahfiz.
Padan muka mak bapak yang tergilakan PUSAT TAHFIZ.
|
|
|
|
|
|
|
|
sialan tul, sebat dikhalayak ramai jika benar bersalah dan penjara kan mereka |
|
|
|
|
|
|
|
saham akhirat chuolsss
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesihan pada kanak kanak tu..masih kecil lagi dah trauma patutlah bila dah jadi lobai ada yang perangai terlalu aggressive dan abusive behaviour terhadap manusia lain dengan alasan kekononya untuk menegakan hukum islam.
|
|
|
|
|
|
|
|
“The real world is where the monsters are.” |
|
|
|
|
|
|
|
Jenis mak bapak nak jalan short cut. Malas nak didik anak sendiri.. kecik kecik dah campak kat tahfiz
Kesian |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa ek mak pak skrg suka hantar anak p tahfiz. Malas jaga anak sendiri ke. Dah tu branak buat apa. Anak ni anugerah tuhan. Knapa nak suruh org lain yg jaga. Kesian kengkadang tgok budak kecik lg dah kena duduk asrama. |
|
|
|
|
|
|
|
Pegangan ugama Babi apa dua ekor bangsat neh? Sialan |
|
|
|
|
|
|
|
ya aku setuju dengan ko .
|
|
|
|
|
|
|
|
Nabi pun xhantar cucu2 baginda ke pusta Tahfiz malah ke playground bermain-main bermanja2 sebab bermaian adalah pekerjaan bagi kanak2 , bila dewasa jadi manusia tersergam serba indah dari akhlak sehingga ke panglima perang .
Org Melayu ramai yang bodoh , dia sendiri baca Fatihah tak smooth ,nak tumpang iket ke syurga anak, entah betul budak itu ke surga belum pasti tp ko yg sudah tua xcari amal sendiri ke ?
Pusat tahfiz yang ambil pula puak2 pakistan yg penganggur dtg sini mengajar ,entah apa dia ajar ,dia tendnag dgn kaki katanya , budak2 masak sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
yg aiolss perhatikan biasanya parents anta anak2 ke tahfiz mesti bg alasan
anak nakal la, anak malas belajar la
choyyy sgtttt
kalau nak anta pun, carila yg berdaftr
ini da mcm pusat asuhan plak
umur bawah 12 thun xsepatutnya anta p pusat tahfiz
yg da mcm asrama
|
|
|
|
|
|
|
|
Puak2 tudung labuh , bapa berserban selendang di bahu cuba ko periksa rumah mrk ,jgn kata fasiliti pun tak cukup ,rumah bersepah kotor
]puak2 yg kaki laram yang jaga teliti kebersihan sellau tampil wangi,sederhana tapi tahap kebersihan tinggi dan peka dgn persekitaraan mrk tinggal,pakaian pun elok bersih.
Allah itu cantik dan suka kan yang cantik-cantik.
pergi mamposlah, jgn aysik nak guna agama sebagai perisai melindungi diri yang jahil itu.
mengaku zuhud? heyy zuhud milik org kaya sahaja bukan milik org susah.Sebab hanya org kaya berkuasa ,meninggalkan harta sedia ada yg banyak itu utk hidup sederhana dalam perhatian Allah.
|
|
|
|
|
|
|
|
carikla pusat tahfiz yg bertauliah..berlambak kot ni yg cap ayam haruslah diragui kesahihannya.. |
|
|
|
|
|
|
|
To be honest aku seriau tgk budak2 kecik duk tahfiz nak2 yg duk asrama. Kalau yg berdaftar, sekolah tahfiz berbayar aku rasa secure sikit. |
|
|
|
|
|
|
| |
|