CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2309|Reply: 16

[Tempatan] ‘Jho Low pernah cuba hubungi saya’

[Copy link]
Post time 6-9-2018 09:31 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Tun Daim Zainuddin hari ini mendedahkan jutawan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low pernah cuba untuk menghubunginya beberapa kali bagi membantu menyelesaikan isu berkaitan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) itu berkata Jho Low pernah menelefonnya termasuk sebelum beliau ke China pada Julai lepas.

“Bila Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad nak hantar saya ke China, Jho Low ada berhubung, dia nak bercakap dengan saya tetapi saya tak mahu, dia ada telefon tetapi saya suruh beliau bercakap dengan wakil saya.

Dia (Jho Low) kata dia boleh tolong (dalam hal berkaitan 1MDB), (tetapi) sebelum ini saya dah kata dalam sidang media pertama bersama Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), jika dia tak salah baliklah, malam itu pun dia telefon saya,” katanya dalam temu bual eksklusif Soal Rakyat yang disiarkan di TV3 malam tadi.

Rancangan yang bersiaran selama sejam itu dikendalikan Tan Sri Johan Jaafar dan Mustapha Kamil Mohd Janor sebagai moderator.

Daim berkata sejak Kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih pemerintahan negara, mereka yang terlibat dalam skandal 1MDB sanggup menjadi saksi untuk menyatakan apa yang sebenarnya berlaku.

“Sekarang belum habis kita siasat ni, tiap-tiap hari kita dapat bukti baharu, yang mengejutkan. Jho Low terlibat (untuk) kait dengan Abu Dhabi, kait dengan (Arab) Saudi, Amerika , Australia, Hong Kong, Singapura, Switzerland.

“Satu dunia tahu, CNN, BBC, media China tahu, Afrika pun tahu. Tetapi sini dalam Parlimen pun tak boleh cakap, tiada ketelusan, apa guna nak tipu nanti tahu juga, nak tutup dengan harapan kalau depa  (Barisan Nasional) menang (Pilihan Raya Umum ke-14) dapat tutup,” katanya.

Sementara itu, menjawab soalan sama ada beliau berkonspirasi untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang didakwa sesetengah pihak, Daim berkata: “Saya dah tua, tak ada parti pun... Umno buang saya, kita tak terlibat dengan parti orang, orang tak tahu bahawa saya dengan Anwar dah berkawan lama.”

Daim melahirkan keyakinan bahawa Anwar akan mengambil alih tampuk pemerintahan seperti yang dirancang.

“Beliau (Anwar) ada kekuatan tersendiri… golongan yang tidak berpuas hati ini hanya mencari modal seperti mencipta cerita konon wujudnya konspirasi dan mencari pengaruh menggunakan isu tersebut (kononnya ada usaha untuk menjatuhkan Anwar),” katanya.  - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2018 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
You should told the fat fuck to "talk to the hand boyyyy"
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2018 09:45 AM | Show all posts
entah apa-apa

takat sebut abu dhabi la, switzerland la dok ulang2 dari zaman
purba lagi

cakap je la dah tahap mana siasatan selesai (tu pun kalo betul ada progres)

tak pun mengaku je yang hang sendiri terlibat
konspirasi jatuhkan Najib guna isu 1MDB



Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2018 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Pi mati la orang2 politik ni. Mengata orang sundiri tak betol.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2018 10:49 AM | Show all posts
dah kenapa tak ajak je jumpa..come back and meet me at my house..IN MALAYSIA.. senang, kan..dah tentu blh tangkap lepas tu.. eceh...senang je ckp aku ni kan...heeheh
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2018 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
tak siapa pun kesah nak tanya jho low betul ke tidak labun daim ni.hantam saje la mahacai bongok tetap percaya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-9-2018 01:56 PM | Show all posts
ko punya sembang gajah pun bleh terbang wak lain kali rakam wak jangan lupa
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2018 02:33 PM | Show all posts
i trust the old man with cane than fat pig with the $1 billion superyacht
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2018 02:45 PM | Show all posts
sembang geng PHundet

babi pun boleh terbang

council of elders konon
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2018 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
ada orang kepanasan pulak bila tun daim sebut nama jho low class. pantanglah kan orang cuit sikit cina jho low class tu, berdedupppp depa mai mempertahankan buntut cina jho low class
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2018 02:48 PM | Show all posts
setakat cuba nak call

so what?

geng mahacai boleh la hang kelentong

kalau betul2 call lepas tu ada usaha selesaikan isu tahan jugak

Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2018 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
dizekni replied at 6-9-2018 02:45 PM
sembang geng PHundet

babi pun boleh terbang


So far apa yg Daim cakap betul, bila dia kata Umno kalah, betul kalah ..... korang lobaicai yg dok mencacai sampai terbarai   @shamsadis
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2018 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 6-9-2018 10:49 AM
dah kenapa tak ajak je jumpa..come back and meet me at my house..IN MALAYSIA.. senang, kan..dah tent ...

Senang nau nangkap pencurik yer
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2018 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
dizekni replied at 6-9-2018 02:45 PM
sembang geng PHundet

babi pun boleh terbang

PH menang tu kira macam babi terebang lah kan, impossible .... so lobaicai, the babis do terbang, took place olredi .
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2018 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Panas hati UMNO kalah masih membara...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2018 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
ChildrenOfBodom replied at 6-9-2018 02:33 PM
i trust the old man with cane than fat pig with the $1 billion superyacht

That old man with cane have much more money than the fat pig with yatch. And your point here?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2018 10:48 AM | Show all posts
pyropura replied at 6-9-2018 11:17 PM
Senang nau nangkap pencurik yer

hahaha...setakat ckp senang la kan...hihi

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.194260 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list