Gambar wajah kanak-kanak di dalam sebuah kereta Proton Wira yang terlibat dalam kemalangan maut menjadi persoalan.
Gambar tersebut dirakam oleh anggota bomba dalam kemalangan maut yang berlaku di Kilometer 21, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, dekat Gua Musang.
Harian Metro melaporkan, pihak bomba mengesahkan yang cuma ada seorang mangsa sahaja dalam kereta terbabit.
Menurut sumber lagi, dalam kemalangan pada pukul 4.30 petang itu, kereta yang dipandu oleh Mohd Salimi Mohd Razali, 34, bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda dari arah bertentangan.
Kredit foto: Harian Metro
Dia dipercayai gagal memotong kereta di hadapannya di garisan berkembar.
Ketua Operasi Bomba, Awang Mamat berkata, pihaknya menyedari tentang imej kanak-kanak itu selepas gambar tersebut dimasukkan dalam kumpulan WhatsApp bomba.
"Ia sangat menghairankan kerana tiada kanak-kanak di lokasi kemalangan itu."
Sementara itu, seorang pemandu lain, Fauzi Harun, 39 berkata yang lokasi tersebut memang sering berlaku kemalangan maut.
Ramai yang mendakwa pernah ternampak lembaga yang menakutkan.
"Kami selalu melalui jalan berkenaan tanpa mengira waktu dan seram juga apabila melihat gambar yang menunjukkan seorang kanak-kanak berada dalam kereta kemalangan itu," tambahnya. -CARI |