Darjeeling, India merupakan kawasan tanah tinggi yang lawa dan 'wajib' lawat di India selain Ladakh dan Kashmir.
Ia terletak di kaki Pergunungan Himalaya dengan ketinggian 2,042m.
Foto:Facebook Mohd Azwan Salleh
Dari Darjeeling anda boleh memandu dalam sejam setengah untuk sampai ke sempadan Nepal.
Cara nak ke sini ialah dengan mengambil penerbangan ke Bagdogra. Kalau dari Malaysia, paling senang ke Kolkata dahulu kemudian Bagdogra.
Foto:Facebook Mohd Azwan Salleh
Dari Bagdogra pula ambil teksi ke Darjeeling. Perjalanan dari Bagdogra ke Darjeeling pula memakan masa selama 3 jam.
Anda bakal menikmati pemandangan yang indah di sepanjang perjalanan walaupun jalannya sedikit merbahaya.
Foto:Facebook Mohd Azwan Salleh
Berikut adalah contoh total kos ground ke Darjeeling:
Foto:Facebook Mohd Azwan Salleh
Hari Pertama
Airport Transfer ke Dekeling Resort : Rs1600/kereta
Dekeling Resort 3 Hari 2 Malam : Rs7920
Makan malam : Rs300
Foto:Facebook
Hari Kedua
Sarapan pagi: Rs150
Lawatan di Darjeeling : Rs2000/kereta
Antara tempat yang dilawati : Peace Pagoda, Lumbini Temple, Tiger Hill, Rock Garden, Darjeeling Town, dan lain-lain
Makan tengah hari : Rs250
Makan malam : Rs250
Foto:Facebook Mohd Azwan Salleh
Hari Ketiga
Sarapan pagi : Rs150
Airport Transfer : Rs2200
Total : Rs14820 =RM889.20
Kredit itinerari:Mohd Azwan Salleh
Destinasi ini sesuai untuk anda yang sukakan pengembaraan. Boleh simpan dalam senarai lokasi wajib lawat anda seterusnya okay. -CARI |