CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2080|Reply: 15

[Tempatan] Lelaki ditahan tumbuk cermin kenderaan TPM

[Copy link]
Post time 7-9-2018 08:23 AM | Show all posts |Read mode
LELAKI ditahan selepas menumbuk cermin kenderaan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berhampiran Bangunan Intermark di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, semalam.

Kejadian berlaku jam 3.30 petang selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandu pemandu peribadi Timbalan Perdana Menteri terbabit dalam kemalangan dengan van milik suspek.

Difahamkan, ketika kejadian Dr Wan Azizah tiada dalam kenderaan itu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Noor Azmi Yusoff berkata, suspek tidak berpuas hati kerana vannya dilanggar lalu bertindak menumbuk cermin hadapan MPV terbabit.

“Pemandu lelaki berusia 55 tahun itu secara tidak sengaja melanggar sebuah van Toyota Hiace milik suspek.

“Van yang dipandu lelaki berusia 42 tahun itu berada di sebelah kiri Toyota Alphard dan baru sahaja keluar dari simpang di lokasi kejadian sebelum berlaku kemalangan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, akibat kejadian itu, pemandu van berang dan menurunkan cerminnya sebelum menumbuk cermin hadapan Toyota Alphard menyebabkan ia retak dengan nilai kerugian dianggarkan RM3,000.

“Susulan daripada kejadian, polis menahan pemandu van berkenaan untuk siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 September 2018 @ 10:53 PM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2018 08:29 AM | Show all posts
Mentang-mentang bawak kereta TPM, ingat kau dapat lesen boleh langgar orang sesuka hati ke?
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2018 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Huh, tumbuk pun cermin retak sampai rugi rm 3k.

Babi pun boleh terbanglah depa ni.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2018 09:21 AM | Show all posts
orang lain pun bayau road tax ler..
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2018 09:37 AM | Show all posts
Hek eleh.. kalu kereta marhein yg kena tumbuk cermin, takde nye polis nak tangakap.. abis kuat suh satle luar atau cliam insurance..
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2018 10:05 AM | Show all posts
JokesCop replied at 7-9-2018 12:34 AM
Huh, tumbuk pun cermin retak sampai rugi rm 3k.

Babi pun boleh terbanglah depa ni.

kau ingat tu kereta Alza?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-9-2018 10:08 AM | Show all posts
kuatnya tumbukan dia, sampai retak cermin kete
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2018 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Settle luar je lahhhh....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2018 10:15 AM | Show all posts
JokesCop replied at 7-9-2018 08:34 AM
Huh, tumbuk pun cermin retak sampai rugi rm 3k.

Babi pun boleh terbanglah depa ni.

kot dia bagi nilai ikut jumlah dia insurance kan mungkin..
kereta kecik pun beratus-ratus kalau nak tukar cermin..
ni kan pulak kereta besar macam tu..
cermin retak walau segaris pun tetap kena tukar satu cermin bukan..
mana boleh tukar kat bahagian retak je.. apa la..

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2018 10:22 AM | Show all posts
Padan muka.

Nak jadi samseng sgt kan..

Tu esok lepas bebas mula la buat cite mcm2.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2018 10:24 AM | Show all posts
dia nih kalau main punching machine mesti score 999. ke hasanah jah lebih nih
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2018 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 7-9-2018 10:15 AM
kot dia bagi nilai ikut jumlah dia insurance kan mungkin..
kereta kecik pun beratus-ratus kalau n ...

Bukan nilai yg aku concern, tapi tangan lelaki yg menumbuk tu, xbersepai plak.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2018 12:10 PM | Show all posts
apa bodoh sangat tumbuk tumbuk..sakit shj tangan...settle lah baik baik....nilai malaysia baru...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2018 12:11 PM | Show all posts
kuat betul penumbuk...cermin depan tu weh,adeh
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2018 12:12 PM | Show all posts
kemain berang pakcik toyota hiace tu..
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2018 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah dua kali escort vvip tepuk kereta i. Sekali tu sampai terpusing side mirror. Macamana nak ke tepi kalau ada kereta sebelah tepi walaupun iols cepat cepat nak ke tepi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:56 PM GMT+8 , Processed in 0.060483 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list