View: 2086|Reply: 15
|
Wanita Racun Suami Dengan Mencampurkan Ubat Mata Pada Makanan
[Copy link]
|
|
Seorang wanita berdepan hukuman mati selepas didakwa meracun suaminya dengan mencampurkan titisan ubat mata pada makanan mangsa.
Memetik METRO, Lana Clayton, 52, ditahan seminggu selepas suaminya, Stephen Clayton, 64, ditemui mati di rumah mereka di North Carolina. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas dipercayai terjatuh dari tangga.
Namun, hasil bedah siasat kemudian menemui kandungan tetrahydrozoline (bahan kimia yang biasanya ditemui dalam ubat titis mata) yang tinggi dalam tubuhnya.
Bahan ini berfungsi untuk menyekat pembuluh darah dan mengurangkan kemerahan, tetapi ia boleh bertindak sebagai neurotoksin dan menyerang sistem saraf apabila ditelan.
Lana didakwa melakukan jenayah itu antara 19 dan 21 Julai, di mana mangsa dipercayai dibunuh antara tarikh tersebut, lapor New York Post.
Difahamkan, mangsa dikebumikan di taman belakang rumah mereka yang bernilai ASD 822,000 (RM3,339,786).
Kredit foto: METRO/ABC
Polis dalam satu kenyataan berkata, Lana Clayton mengaku kepada penyiasat bahawa dia memberikan bahan itu kepada Stephen Clayton tanpa pengetahuannya. Bagaimanapun, motif pembunuhan tidak dimaklumkan dan kes masih dalam siasatan.
Ekoran itu, polis juga menyiasat kes pada 2016 apabila tertuduh dikatakan memanah suaminya di belakang kepala.
Lana ketika itu berkata, dia mengalami kesukaran menggunakan senjata berkenaan menyebabkan dia masuk ke rumah bagi mencari suaminya dan 'tidak sengaja' melepaskan anak panah.
Suaminya juga berkata dia tidak percaya isterinya berniat membunuhnya dan bertegas ia hanyalah kemalangan yang tidak disengajakan selain dirinya baik-baik saja.
Penyiasat ketika itu menyifatkan kes tiada unsur jenayah.
Difahamkan, Lana kemudian melaporkan kejadian dan mendakwa suaminya mendera mentalnya tetapi tidak pernah menyakitinya. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Dera mental macam mana setan?
Jaga LA laki kau tu elok2 |
|
|
|
|
|
|
|
sekarang tak puas hati main bunuh2 ek... ngeri |
|
|
|
|
|
|
|
Sendiri yang dah dera sampai dia jadi mental mana tak berani dia nak membunuh |
|
|
|
|
|
|
|
ramai je bini didera mentally tapi tahan je asal berlaki.. |
|
|
|
|
|
|
|
jenayah terancang ni, pandai dia... x sangka ubat mata pun leh bunuh orang kan |
|
|
|
|
|
|
|
Iolss pernah tgk dlm movie kat Diva. Couple ni bunuh partner restaurant dorang guna ubat titis mata. Sejak tu iolss seram2 je ngn ubat mata ni
|
|
|
|
|
|
|
|
selain tu byk gak kes kematian akibat racun antifreeze... senang2 dimasukkan dlm air minuman mangsa, sbb rasanya yg manis dan odorless.
|
|
|
|
|
|
|
|
Yahudi_Bisex replied at 7-9-2018 12:16 PM
Dera mental macam mana setan?
Jaga LA laki kau tu elok2
Contoh dera mental.
"Kalau hang xikut cakap aku, aku pastikan karier hang gelap."
"Kau terlalu gemuk, nanti aku cari orang lain kalau kau xkurus."
"Kalau kau x buat apa aku suruh, aku sebar gambar kau dekat internet."
"Sangat dissapointed dgn apa kau buat, aku lagi rela kalau kau xjadi anak aku."
"Baik kau berambus sebelum aku toreh2 muka kau yg hodoh tu."
"Jangan duduk dekat meja kami, nanti miskin kau terjangkit dengan kami."
Dan banyak lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
JokesCop replied at 7-9-2018 10:21 PM
Contoh dera mental.
"Kalau hang xikut cakap aku, aku pastikan karier hang gelap."
Sheols tak pandai layan kot..
Kalau layanan tip top mesti shuband syg |
|
|
|
|
|
|
|
Yahudi_Bisex replied at 7-9-2018 10:23 PM
Sheols tak pandai layan kot..
Kalau layanan tip top mesti shuband syg
Probably, or probably husband sendiri yg ade masalah insensitive.
Masing-masing ada masalah sendiri
Masalah dunia masalah peribadi
Luahkan jangan simpan dalam hati
Boleh cerita di kedai kopi
|
|
|
|
|
|
|
|
tomaz replied at 7-9-2018 03:04 PM
Iolss pernah tgk dlm movie kat Diva. Couple ni bunuh partner restaurant dorang guna ubat titis mata. ...
a gourmet detective:chef al dente..
kot..hehe..
aku tgk jgk |
|
|
|
|
|
|
|
b_n_c replied at 8-9-2018 08:46 AM
a gourmet detective:chef al dente..
kot..hehe..
Betul la tu. Dia bubuh dlm minuman kan kalau x silap |
|
|
|
|
|
|
|
JokesCop replied at 8-9-2018 08:41 AM
Probably, or probably husband sendiri yg ade masalah insensitive.
Masing-masing ada masalah se ...
I rasa suami isteri ni jenis suka pendam perasaan. Jarang jumpa pasangan yg betul2 memahami dan boleh berkongsi rasa dan perasaan. |
|
|
|
|
|
|
|
tomaz replied at 8-9-2018 08:59 AM
Betul la tu. Dia bubuh dlm minuman kan kalau x silap
ha a dia buh dlm botol air org tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Selayak Nya jantan Tak Guna mcm ni mati jahhh ,, Ina naim bila lagi ? Sanggup hadap sohai taguna tu ,, |
|
|
|
|
|
|
| |
|