Remaja atau BBNU zaman sekarang memang berani. Mereka bukan sahaja berani bercinta secara terbuka malahan berani juga bergaduh hingga membabitkan kecederaan kepada pasangannya.
Kecoh di laman media sosial apabila pelajar berusia 13 tahun yang juga Insta Famous, Amalin menjadi mangsa pukul teman lelakinya hingga memaksa dia membuat laporan polis. Segala gambar dan bukti dirinya menjadi mangsa turut dikongsikan di laman Instagramnya.
Kredit foto: Twitter
Kredit foto: IG
Di Instagram, ramai turut bersimpati dengan nasib Amalin yang menjadi mangsa lelaki dayus itu sekaligus memuji tindakannya membuat laporan polis.
Kredit foto: Google
"Dahlah dia pakai 'braces', kalau koyak mulut masa kena pukul macam mana?"
Bagaimanapun, ada juga yang menasihati Amalin supaya tidak menghebahkan kepada khalayak ramai mengenai tindakan tersebut yang lebih memudaratkan.
Budak sekolah bercinta - Google
Ramai juga yang menyalahkan mangsa kerana terlalu mengikut perasaan sampai sanggup dipukul dan jadi bodoh hanya kerana sayang.
Tetapi ada juga yang musykil dengan cerita ini. Ada pula versi Amalin dipukul oleh kawan perempuannya, bukan teman lelaki dan lebih aneh apabila dia sendiri menarik balik laporan polis tersebut.
Kredit foto:Google
"Hello, dia baru 13 tahun kot, sekolah lagi, dah gatal nak ada boyfriend apa jadahnya.?"
"Instafamous pun kena pukul weh!"
Ternyata ramai remaja sekarang tersasar dalam menentukan hala tuju mereka. Jika pelajar semuda 13 tahun sudah pandai bercouple kemudiannya dipukul, semua masalah hanya berkisar soal hati dan perasaan, jadi kepada siapa lagi yang kita boleh harapkan untuk menjadi pelapis negara? - CARI
|