Ramai yang suka menonton filem di pawagam. Lagi-lagi buat si kaki wayang, pasti tidak akan melepaskan peluang menonton filem-filem terbaru yang menarik. Selain menjadi orang terawal yang menonton filem terbaru, sudah tentu perasaannya berbeza apabila menontonnya di rumah sendiri bukan?
Menonton wayang boleh dijadikan aktiviti santai dan cara sesetengah netizen berhibur dan melepaskan tekanan kerja atau belajar. Malah, ia juga menjadi aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan keluarga dan rakan-rakan di hujung minggu.
Bercerita tentang menonton filem di panggung wayang, seorang pengguna Twitter telah memuat naik status tentang kerusi di sebuah panggung wayang yang berbau hancing. Mungkin ada penonton yang ‘terlepas’ atau takut untuk ke tandas kerana menonton filem seram sehingga membuatkan dia terkencing di atas kerusi di pawagam.
Keadaan kerusi yang basah dan berbau hancing di dalam panggung wayang
Betul ke orang perempuan yang kencing?
Netizen mempersoalkan tuduhan lelaki tersebut yang mengatakan kejadian itu dilakukan oleh penonton perempuan. Bagaimana dia tahu air kencing pada kerusi tersebut adalah perbuatan seorang perempuan?
Pengotor betul!
Kebanyakan netizen berasa geli melihat gambar kerusi yang basah dengan air kencing itu. Mereka juga menganggap individu yang kencing di atas kerusi panggung wayang itu seorang yang pengotor! Dia turut dilabel sebagai seorang vandalisma kerana telah mengotorkan harta benda pemilik panggung wayang tersebut.
Ke ada pasangan yang buat projek sampai 'basah'
Walaupun status lelaki ini terang-terang menulis kerusi itu berbau hancing, tetapi beberapa orang netizen cuba membuat spekulasi. Mereka meneka kerusi tersebut basah akibat perbuatan tidak bermoral sebuah pasangan yang melampias nafsu mereka di dalam panggung wayang tersebut sehingga terkeluar air mani.
Entah-entah budak yang terkencing
Malah, ada juga netizen yang merasakan ia adalah air kencing kanak-kanak yang tidak sempat memberitahu ibu bapa mereka apabila hendak membuang air dan terkencing di dalam seluar ketika duduk di atas kerusi tersebut. Nampaknya pelbagai tekaan yang dibuat kerana masing-masing tidak dapat mengesan si pelaku.
GSC segera gantikan kerusi
Bagaimana pun, setelah kejadian ini tular dan ada netizen yang membuat laporan kepada pihak GSC, kerusi yang kotor itu segera diganti. Jadi netizen yang ingin menonton wayang di GSC Times Square tidak perlu risau jika mendapat tempat duduk tersebut.
Jadi, sebelum masuk panggung wayang, lebih baik kalian membuang air terlebih dahulu. Apabila sedang asyik menonton, mungkin ada yang malas hendak keluar atau diri sendiri tidak menyangka filem yang ditonton begitu seram sehingga boleh terkencing. Memalukan bukan? - CARI |