Bayi berusia enam bulan maut ditembak oleh bapanya sendiri gara-gara si isteri enggan melakukan hubungan seks.
Mirror Online melaporkan Maycon Salustiano Silva, 25, berda di bawah pengaruh dadah dan alkohol semasa menembak bayi tersebut.
Kredit foto: Mirror Online
Sumber polis menyatakan suspek berang dengan isterinya sebelum mengambil pistol yang diletakkan di belakang sofa.
Namun menurut Maycon, dia tidak mengingati apa yang terjadi kerana tidak sedar ketika melakukannya.
Dia juga tidak mempunyai sebarang rekod jenayah sebelum ini.
Bayi yang bernama Michael tersebut disahkan meninggal dunia di hospital, dua jam selepas ditembak.
Kredit foto: Mirror Online
Difahamkan pasangan tersebut berkahwin empat tahun lepas dan dikenali sebagai pasangan ideal dan penyayang oleh rakan-rakan mereka.
Suspek kini ditahan dan didakwa kerana membunuh, penyalahgunaan senjata serta melakukan keganasan domestik. -CARI
|