CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18301|Reply: 136

Suami Kahwin Diam-diam, Ini Nasihat Kental Untuk Isteri-Isteri

[Copy link]
Post time 14-9-2018 03:57 PM | Show all posts |Read mode
Jangan disangka air yang tenang tidak ada buaya. Jalan pijak semut pun tak mati. Dan jangan sangka, suami yang pendiam, pemalu, tidak banyak cakap ini seorang yang baik dalam rumah tangga.



Silap gaya, huru-hara rumah tangga. Apa tidaknya. Dalam senyap dan pemalu inilah, tup-tup dia pasang seorang lagi tanpa pengetahuan isteri.


Kadang-kadang kita tidak tahu apa sebenarnya yang tersirat dalam hati seorang suami. Cukupkah dengan seorang isteri atau memang berangan-angan untuk memiliki lebih dari seorang isteri.


Bagaimanakah untuk seorang isteri mengetahui bahawa suaminya benar-benar setia pada dirinya. Menjawab persoalan ini, Dr. Ben Fadzil Mohd Salleh, GrandMaster Hypnotherapist ada jawapan yang boleh merungkaikan tentang perkara ini.






Punca Suami Kahwin Diam Diam

Ada banyak kemungkinan suami kahwin dalam diam-diam. Berikut adalah sebabnya:
i. Telah berjanji untuk mengahwini seseorang tetapi rasa susah untuk mendapat kelulusan dari isteri pertama
ii. Ingin memenuhi keinginan tapi takut untuk berterus terang
iii. Kemungkinan disebabkan keterlanjuran dan suami tersebut mengambil tanggungjawab
iv. Betul betul inginkan isteri kedua disebab inginkan zuriat
v. Nafsu suami yang terlebih atau tidak boleh dikawal
vi. Menyambut cabaran atau dicabar oleh rakan rakan
vii. Memang dia sudah mencintai wanita tersebut



Sampai Bila Suami Sorok Perkahwinan

Selagi boleh disorok, ianya akan disorok, tetapi tidak ada isteri kedua yang inginkan perkahwinannya disorok. Begitu juga isteri pertama ingin mengetahui kedudukannya. Adakalanya keadaan sekeliling tidak mengizinkan untuk pengetahuan awam. Ianya akan diketahui juga jika suami dan isteri kedua rasa selamat untuk memberitahu isteri pertama.






Kalau Dah Terlajak Kahwin Lagi, Suami Hadam Nasihat Ini

Tidak semua isteri pertama boleh menerima kenyataan ini. Suami tidaklah boleh merasa berbangga diri dalam memperoleh isteri kedua, kerana nafsu seorang suami tidak akan berhenti sehingga isteri kedua sahaja. Sekiranya suami lemah dan senang tergugat kepada kecantikan dan godaan wanita, dia akan kecundang akhirnya.
Penjagaan kedua-dua keluarga adalah penting terutama sekali bab kasih sayang, perhatian, pemberian, masa dan waktu dan juga kewangan. Perlu berhati hati supaya ianya tidak diungkitkan di masa akan datang.
Elak dari bercerita tentang isteri pertama kepada isteri kedua. Ini akan menambahkan stres lagi.
Kesemua isteri hendak memberi suami mereka layanan yang baik, layan lah mereka dengan sebaik mungkin.

Isteri Bertenanglah.. Hadapi Ujian Tuhan Dengan Sabar
Bak kata pepatah Melayu: Nasi telah menjadi bubur. Jika perkara begini berlaku, si isteri jangan lah terburu buru untuk mengambil keputusan. Seringkali isteri pertama akan melepaskan geram, marah marah serta bergaduh tak kira tempat jika mengetahui perkara yang sebenar.


Isteri hendaklah bersabar dan memahami keadaan suami kenapa dia berkahwin satu lagi. Perkara telah berlaku dan isteri pertama harus menerima kehadiran isteri kedua serta memberitahunya tentang berlaku adil.


4 Tip Untuk Isteri Pertama

1.Perlu banyak bersabar dalam menghadapi kehidupan bermadu
2. Menerima hakikat berkongsi setiap perkara termasuk kasih sayang suami
3. Merelakan suami ke rumah isteri muda walaupun ianya menyakitkan hati nya
4. Sering mengingatkan suami tentang masa dan perkongsian yang adil dan saksama



Foto Carian internet




Bila Dah Berkongsi Suami, Isteri Kedua Jangan Tamak

1.Tidak berasa berbangga, riak atau sombong setelah memiliki suaminya
2. Tidak menyakitkan hati isteri pertama
3. Mengetahui adat berkongsi suami:
i. Melepaskan suami balik ke pangkuan isteri pertama serta keluarganya pada masa yang dipersetujui.
ii. Tidak membanding bandingkan layanannya kepada suami dengan isteri pertama.
iii. Tidak menunujuk-nunjuk kepada isteri pertama tentang apa yang dia terima dari suami.



Walaupun Sukar, Suami Kena Usaha Bagi..

a. Seboleh bolehnya berlaku adil dalam apa segi pun
b. Bersikap berterus terang kepada kedua isteri dan anak anak
c. Jangan menyakitkan hati kedua dua isteri
d. Tidak melebih-lebihkan layanan diantara kedua dua isteri
e. Tidak melaporkan dan membeza bezakan perangai di antara kedua-dua isteri dan sebaliknya apabila bersama. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2018 04:20 PM | Show all posts
best ke berbini dua ni.. aku ada 2 org kawan bini dua, tapi dua2 tak tahan lama....end up yg lama juga dihadapnye
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2018 04:41 PM | Show all posts
ingatkan nasihat apa td rupanya nasihat spy bini no1 tu terima suami kawin 2 seadanya ...cehhh
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2018 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
zulka replied at 14-9-2018 04:20 PM
best ke berbini dua ni.. aku ada 2 org kawan bini dua, tapi dua2 tak tahan lama....end up yg lama ju ...

kwen la dua sekaligus
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2018 05:42 PM | Show all posts
aku tidak akan menjadi yg ke dua itu...

walapon peluang nye ada...

Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2018 05:43 PM | Show all posts
kakaro940 replied at 14-9-2018 04:41 PM
ingatkan nasihat apa td rupanya nasihat spy bini no1 tu terima suami kawin 2 seadanya ...cehhh

x baca pon...malas plak...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-9-2018 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Bini Dr Ben ni dh boleh bersedia la.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2018 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Ex boss pernah cakap macam ni..
Lebih baik satu daripada dua, dan lebih baik tiga daripada dua... yang tak tahan rupanya berpantun  ingat nak bagi pengajaran.. tapi nak aku jadi no 3 nya... hahahaha
P/S: I am married with my other half which is ..destroyed his dreams.. tak tahu lah dah tercapai ke belum cita2nya itu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2018 12:23 AM | Show all posts
Berjanji sehidup semati
Susah senang bersama..

Tapi janji dicapati.
Lumrah dunia........
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2018 03:05 AM | Show all posts
kiyudi replied at 14-9-2018 05:42 PM
aku tidak akan menjadi yg ke dua itu...

walapon peluang nye ada...

Orang lain jadi nombor dua, kau jadi nombor satu, ok tak?


Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2018 03:08 AM | Show all posts
zulka replied at 14-9-2018 04:20 PM
best ke berbini dua ni.. aku ada 2 org kawan bini dua, tapi dua2 tak tahan lama....end up yg lama ju ...

Baru dua yang tak menjadi kau kecoh, yang menjadi?


Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2018 03:53 AM | Show all posts
ini nasihat tentang poligami dari sudut manusia semata-mata.....

tak ada insan yang sudi berkongsi kasih....

namun  jika cara nya betul....saya yakin...ramai akan dapat menyedari manisnya hidup bermadu....

sbb itu istilah yang di guna kan bermadu......bukan bercuka.....


bila kata kahwin 2,3 atau 4....rasanya semua lelaki suka....dan semua perempuan tak suka....

ini fitrah....

nak poligami syarat pertama adalah mesti berterus terang.....

jika isteri pertama tidak bersetuju....sah lah....suami tu belum layak untuk berpoligami

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2018 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalu suami dah kawin senyap2..terima saja la..dah dia nk menghalalkan hubungan dia..

Dari terima berita yg suami tu dah termengandungkan anak orang..yg tu lagi haru..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2018 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
I dont mind being no.1 or 2. But being no.2 x mgkn la skrg, sbb i am married n i am the only wife. Sedih kalau husband ade org lain, but dia tu bkn 'harta' saya
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2018 08:13 AM | Show all posts
kiyudi replied at 14-9-2018 05:42 PM
aku tidak akan menjadi yg ke dua itu...

walapon peluang nye ada...

biasa yang tak nak ni lah yang di beri peluang....
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2018 09:23 AM | Show all posts
noraidil_06 replied at 15-9-2018 08:12 AM
I dont mind being no.1 or 2. But being no.2 x mgkn la skrg, sbb i am married n i am the only wife. S ...

Don't be so confident that you're the only wife  till date....kerna tk mustahil kau tergolong dikalangan 23.57 peratus isteri diluar sana yg tidak tahu mereka sebenarnya isteri bernombor....

Kahkahkahkahkah

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2018 09:29 AM | Show all posts
nbtech78 replied at 15-9-2018 03:53 AM
ini nasihat tentang poligami dari sudut manusia semata-mata.....

tak ada insan yang sudi berkongs ...

Syarat mesti berterus terang utk berpoligami(suami wajib beritahu atau mintak izin isteri yg sedia ada) itu syarat manusia atau syarat PENCIPTA?

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2018 09:31 AM | Show all posts
nbtech78 replied at 15-9-2018 08:13 AM
biasa yang tak nak ni lah yang di beri peluang....

Speaking from your own experience and all Your fellow siblings?

Kehkehkehkeh
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2018 09:39 AM | Show all posts
gusikuberdarah replied at 15-9-2018 12:23 AM
Berjanji sehidup semati
Susah senang bersama..

[youtube]dUSfg-QkQsw[/youtube]
















Kahakhakhakahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2018 09:57 AM | Show all posts
stingerzz replied at 15-9-2018 09:29 AM
Syarat mesti berterus terang utk berpoligami(suami wajib beritahu atau mintak izin isteri yg sedia ...

suami tak perlu minta izin isteri....

tetapi poligami yang sihat seperti di anjurkan islam adalah tidak ada rahsia....

jika ada rahsia...poligami itu tak sihat....

itu yang kita boleh lihat banyak masalah berlaku dalam poligami yang tidak sihat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:08 PM GMT+8 , Processed in 0.065040 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list