CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2905|Reply: 1

"Tolong Segera" - Panggilan Kecemasan Selepas Kematian Mac Miller Dide

[Copy link]
Post time 14-9-2018 04:49 PM | Show all posts |Read mode
Media Amerika Syarikat (AS) melaporkan Mac Miller; penyanyi rap, penerbit dan juga mantan kekasih Ariana Grande dilaporkan meninggal dunia kerana overdose. Beliau berumur 26 tahun.



Kredit Foto: Daily Express




Sumber TMZ mengesahkan mendiang dijumpai di rumahnya yang terletak di San Fernando Valley, California dan doktor mengesahkan beliau sudah mati di tempat kejadian ketika ditemui oleh rakannya. Menurut sumber TMZ lagi, perkakasan yang dijumpai turut mengesahkan mendiang mati kerana overdose dadah.


Walau bagaimanapun, wakil pengurusan penyanyi rap itu belum mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga kini.


Dalam pada itu, laporan terbaru TMZ semalam juga menyatakan seorang pemanggil lelaki yang menghubungi 911 mendesak agar datang segera ke kediaman Mac.



Pemanggil itu juga dikatakan merayu, "tolong segera."



Kredit Foto: Daily Express




Mac Miller yang berasal dari Pittsburg diketahui mempunyai sejarah ketagihan yang panjang. Pada tahun 2012, beliau mengumumkan kejayaannya mengawal ketagihan dadah jenis promethazine.

Beliau juga secara terbuka membincangkan masalah dadahnya dalam dokumentari Stopped Making Excuse yang diterbitkan pada tahun 2016.
  

Kredit Foto: HOLA!USA


Mac Miller menjadi bahan akhbar tabloid beberapa bulan lalu ekoran hubungannya dengan penyanyi terkenal, Ariana Grande.
Beliau kemudiannya ditangkap kerana memandu dalam keadaan mabuk dan menyebabkan hubungan mereka putus di tengah jalan sebelum Ariana beralih cinta kepada ahli komedi dan pelawak SNL, Pete Davidson.



Kredit Foto: Hollywood Life




Mac Miller baru sahaja menerbitkan albunmnya yang ke lima berjudul Swimming yang menceritakan penderitaan dan bebanannya. Beliau sepatutnya dijadualkan memulakan jelajah konsertnya pada 27 Oktober bersama Thundercat dan J.I.D sebagai artis jemputan.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2018 09:40 PM | Show all posts
Mcm glee actor tu jugak kew? dh lama tak amik drug , pastu amik drug dose yg sama mcm dulu. Trus mati.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 12:32 PM GMT+8 , Processed in 0.054926 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list