Kredit foto:Google
Berkahwin dengan hantu adalah satu perkara yang tidak pernah terfikir oleh akal fikiran yang waras akan tetapi masyarakat di negara China percaya jika anak lelaki mereka meninggal dunia sebelum berkahwin akan membawa nasib buruk kepada keluarga si mati. Oleh sebab itu keluarga mereka sanggup menghabiskan ratusan ribu yuan untuk satu mayat. Kononnya untuk menemani anak mereka supaya tidak kesunyian di alam selepas mati.
Mengikut awal tradisi, perkahwinan hantu ini hanya untuk orang yang sudah meninggal di mana orang yang masih hidup menikahkan lelaki dan wanita yang sudah meninggal dunia. Namun, sejak belakangan ini ritual ini melibatkan orang yang masih hidup dinikahkan dengan mayat.
Di Taiwan pula jika seseorang wanita yang belum berkahwin meninggal dunia, keluarganya akan meletakkan bungkusan berwarna merah yang berisi wang tunai, wang kertas, seikat rambut dan kuku di tempat terbuka. Pemuda pertama yang mengambil bungkusan tersebut akan terpilih sebagai pengantin lelaki dan jika dia ingkar untuk menikahi mayat wanita tersebut nasib malang akan menimpa pemuda tersebut.
Tradisi ini juga mendatangkan keuntungan besar kepada penjenayah di mana mereka mencuri mayat wanita untuk dijual bagi perkahwinan hantu. Ada juga kes di mana penjenayah membunuh wanita dan kemudian menjual mayat mereka dengan harga yang tinggi kerana nilai mayat wanita yang masih baru meninggal dunia lebih tinggi jika dibandingkan dengan mayat yang sudah lama.
Kredit foto: Google
Dalam pernikahan hantu antara dua orang yang sudah meninggal, mempelai mendiang akan diwakili oleh boneka dan miniatur yang diperbuat dari kertas seperti pelamin pengantin, mobil serta sepasang pelayan. Semua itu akan dibakar setelah selesai segala ritual. Upacara pernikahan tersebut biasanya ada nisan kedua mempelai dan hidangan jamuan. Tulang-tulang mayat mempelai wanita digali dan ditempatkan di dalam kubur mayat mempelai lelaki.
Kredit foto:Google
Di Singapura pula ada satu tempat dikenali sebagai Klenteng Seng Wong Beo yang masih menyelenggarakan "ghost marriage" atau pernikahan mendiang sehingga kini. Pernikahan ini bertujuan untuk menyatukan 2 mendiang yang sudah berada di alam baka dan dikhususkan bagi lelaki atau wanita yang sudah meninggal dunia, namun belum sempat melangsungkan pernikahan di dunia nyata. Biasanya, orang tua si mendiang akan datang ke Klenteng Seng Wong Beo dan meminta anaknya untuk 'dicarikan jodoh' dengan mendiang lainnya.
Klenteng Seng Wong Beo di Kawasan Tanjong Pagar, Singapura
Kredit foto : Google
Antara alasan dilakukan perkahwinan hantu di keluarga Cina:
- Melanjutkan rancangan pernikahan yang gagal terlaksana kerana salah satu atau kedua calon mempelainya meninggal dunia.
- Memasukkan anak perempuan yang meninggal tanpa sempat bernikah secara rasmi ke dalam keluarga suaminya dan disembahyangkan di altar keluarga suaminya untuk mengelakkan roh mendiang dari bergentayangan.
- Mempertahankan prinsip tidak ada anak lelaki yang lebih muda bernikah dahulu dari abangnya. Abang yang telah meninggal dinikahkan dahulu sebelum si adik menikah.
- Permintaan dari mendiang anak yang telah meninggal kepada orang tuanya agar dia dinikahkan dengan mendiang lain yang dikenalnya atau minta dinikahkan agar dia memiliki pasangan di alam baka. - CARI
|