CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3297|Reply: 40

[Politik] Perdana Menteri malu rakyat LIAT bayar hutang PTPTN

  [Copy link]
Post time 20-9-2018 03:59 PM | Show all posts |Read mode



Sikap tidak amanah peminjam, hutang PTPTN RM36b

Oleh Rohaniza Idris
roha@nstp.com.my
Share

Tweet

Share
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ramai dalam kalangan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak amanah menyebabkan jumlah hutang tabung itu meningkat kepada RM36 bilion.

Perdana Menteri berkata, tindakan yang tidak amanah itu menyebabkan orang lain sukar mendapatkan pinjaman untuk membiayai pelajaran mereka ke peringkat lebih tinggi.




Katanya, mereka yang meminjam itu bukannya tidak mampu membayar tetapi sengaja enggan membayar balik pinjaman.

"RM36 bilion hutang tidak dibayar balik kepada PTPTN ini...saya malu tetapi mereka (peminjam) tidak.

"Ini adalah sikap yang biasa bagi sesetengah bangsa... bukannya mereka tidak mampu, dengan gaji RM2,000 boleh saja mereka membayar balik RM100 sebulan tetapi mereka tidak berbuat demikian," katanya ketika menyampaikan syarahan perdana sempena Hari Jepun 2018 Malaysia-Japan International Institute if Technology (MJIIT) dan pelancaran pembukaan Residensi Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL) di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Pendidikan, Maszlee Malik dan Naib Canselor UTM, Profesor Datuk Wahid Omar.

Terdahulu dalam syarahan itu, beliau mengingatkan tiga sistem nilai perlu ada dalam kalangan masyarakat jika mahu berjaya seperti Jepun.

Katanya, tiga nilai itu adalah rasa malu, rajin atau kerja keras dan beramanah.

"Ada banyak lagi sistem nilai yang dimiliki masyarakat Jepun yang boleh diamalkan dan dijadikan budaya masyarakat.

"Tiga nilai yang utama itu penting jika ingin maju supaya dapat mengeluarkan penghasilan yang lebih berkualiti," katanya.

Sikap malu, katanya sama seperti konsep harakiri tetapi bukan bermaksud membunuh diri.

"Harakiri diterjemahkan sebagai malu apabila gagal melaksanakan tanggungjawab seseorang akan merasa mahu serta bertanggungjawab memperbetul atau meningkatkan lagi apa-apa penghasilan yang dibuat," katanya.

Beliau berkata, sikap rajin akan menjamin seseorang itu berjaya.

"Jika kita malas, tidak peduli sama ada kerja siap atau tidak, kita tidak berjaya. Kita kena rajin jika ingin berjaya lebih-lebih lagi kalau tahu diri itu tidak bijak," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2018 04:03 PM | Show all posts
lain kali sebelum cakap pikir

dulu cakap tangguh

sekarang cakap malu

dasar sungguh

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2018 04:04 PM | Show all posts
PM je yang malu, rakyat a.k.a si peminjam loan pelajaran mmg tak tau malu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2018 04:05 PM | Show all posts

Tak sedar lagi ?

Sapa la dulu yg  MENGAJAR. Jangan bayar dulu, nanti kerajaan baru menang ptptn akan dikaji semula. Kaji semula dimansuhkan, kaji semula pembayar bebas untuk tak membayar.

Kita akan perjuangan kan pendidikan percuma daripada dalam perut ibu sampai ke dalam kubur. Kata-kata keramat sang pemuja janji. Berapa kali diulang-ulang? Tak de la lama mana pun pendemo2 durjana spt mahacai si Adam Adli kini di kencing PH







Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2018 04:08 PM | Show all posts
fushimi replied at 20-9-2018 04:03 PM
lain kali sebelum cakap pikir

dulu cakap tangguh

bukan tun yg tergila gila nak hapuskan ptptn
yg duk gila gila ratip dulu tu PKR..PAS...mat sabu...

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2018 04:12 PM | Show all posts
AbukRokok replied at 20-9-2018 04:08 PM
bukan tun yg tergila gila nak hapuskan ptptn
yg duk gila gila ratip dulu tu PKR..PAS...mat sabu.. ...

nasib aku bukan peminjam ptipu tipu neh

aku suka je hencap geng geng peminjam bangang  neh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-9-2018 04:17 PM | Show all posts
tobby cer tepek mazlee kata kalau PH menang tuntut janji tu...termasuklah menangguhkan bayaran sampai gaji 4K kan??? sekarang mana janji tu?????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2018 06:05 PM | Show all posts
lkick2113 replied at 20-9-2018 04:17 PM
tobby cer tepek mazlee kata kalau PH menang tuntut janji tu...termasuklah menangguhkan bayaran sampa ...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2018 06:59 PM | Show all posts
lagi memalukan ada pemimpin munafik..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2018 08:25 PM | Show all posts
WAKAKKAKAKAKKAKAKAKAKA

tahniah la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2018 09:37 PM | Show all posts
EvieWanKenobi replied at 20-9-2018 06:59 PM
lagi memalukan ada pemimpin munafik..


ingat Felda ingat Mazlan Aliman

ingat Ptptn ingat Adam Adli

Semoga mereka tenang di sana..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2018 09:41 PM | Show all posts
fushimi replied at 20-9-2018 04:03 PM
lain kali sebelum cakap pikir

dulu cakap tangguh

Mana budak ni, yang kononnya pejuang mahasiswa untuk hapuskan ptptipu?
Padan muka kena kencing..yang baring2 atas jalan tu mana? dah mati tersedak kencing kuning ke?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2018 09:42 PM | Show all posts
Tun M akui dirinya malu..peminjam PTPTM tidak amanah mmbayar pinjaman,,kata tun..kalau gaji rm2000..bayarlah rm100....memang PH sudah janji..gaji bawah rm4000 boleh tangguh dulu dr mmbayar ptptn...tp menifesto ni..bukan kitab suci utk di tunaikan..knapa anda perlu percaya pada mnifesto?
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2018 09:48 PM | Show all posts
lagi malu bila bila parti politik tak tunai janji bila dah dapat undi

scam terbesar seantaro





Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2018 09:59 PM | Show all posts
Biasanya jenis melayu pprt low classs mmg jenis susah bayar hutang, selagi boleh tipu duit org.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2018 10:06 PM | Show all posts
Konon ckp org Melayu PPRT liat bayar hutang, tapi kau janji manipistol mcm PPRT kau tak kira. Semabang kencang bila kempen semata2 nak raih undi, menipu dengan mengencing aje kerjanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2018 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Bebal kulit tebal kalah kulit babi memang tak malu tak bayar hutang
Ratib halal haram sana sini tapi bab hutang nak mintak halal semua
Banyak cantik muka nenek kau pffftttt
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2018 10:08 PM | Show all posts
tobby replied at 20-9-2018 09:42 PM
Tun M akui dirinya malu..peminjam PTPTM tidak amanah mmbayar pinjaman,,kata tun..kalau gaji rm2000.. ...

Atok ni dah mengajar orang mungkir janji. Tapi biasalah atok, SALAHKAN ORANG LAIN. Org melayu malaslah, bertongkatlah, tapi anak2 atok kaya raya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2018 10:08 PM | Show all posts
liat bayar hutang dengan liat tunai janji, sama dgn saja

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2018 10:21 PM | Show all posts
Janji pakai tudung n nampak ala keislame sudah, pptn tak bayar tak penting, janji kepakepqla sendiri or anak bini dah berbungkus
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.289855 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list