Masalah utama rakyat Malaysia ialah sukar mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan. Selagi tidak dikenakan sebarang tindakan sama ada teguran, saman atau penjara maka golongan ini sewenang-wenangnya melanggar disiplin hingga menyusahkan orang lain.
Hal yang sama berlaku terhadap penumpang koc komuter di Lembah Klang yang mana sepatutnya koc tersebut khas untuk wanita sahaja tetapi disalahguna oleh kaum lelaki yang seolah-olah buta huruf.
Kesalahan ini mungkin dianggap kecil oleh mereka namun sebenarnya ia telah menyusahkan kaum wanita lain yang mungkin terpaksa berdiri sepanjang perjalanan. Lebih menyedihkan lagi ialah adanya penumpang yang mengandung, warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) mungkin tidak mendapat tempat duduk kerana perangai lelaki seperti ini.
Kredit foto: Twitter
Dengan bukti sekeping gambar ini jelas menunjukkan empat penumpang lelaki memonopoli tempat duduk. Walhal terang-terangan tulisan di atas kepala mereka ialah 'INI KOC WANITA. WANITA SAHAJA'. Secara tidak langsung ia mencerminkan ketidakpekaan segelintir kaum Adam ini dalam menyalahgunakan kemudahan yang telah disediakan.
Namun, menurut sesetengah netizen, peraturan ini tidak boleh digunapakai di semua stesen komuter. Ini kerana komuter menghala ke utara tidak mengaplikasi peraturan sebegini disebabkan perkara-perkara tertentu. Hal ini menimbulkan salah faham dalam kalangan penumpang.
Kredit foto: Twitter
Biarpun begitu, sebagai penumpang juga, setiap individu harus peka dengan papan tanda atau sebarang info supaya tidak berlakunya salah faham. Ini kerana pihak Keretapi Tanah Melay Berhad (KTMB) sudah mengeluarkan bahawa semua koc adalah umum (kecuali di Lembah Klang).
"Aku kalau tempat duduk kosong dan takda perempuan, memang duduk pun. Gila dari Sungai Buloh ke Tanjung Malim berdiri macam orang bodoh semata-mata itu koc wanita, sedangkan takda penumpang pun."
Bagaimanapun, ada juga penumpang lelaki yang mengatakan boleh melanggar peraturan tersebut dengan syarat tertentu. Antaranya ialah melihat situasi semasa sama ada waktu puncak atau waktu lengang. Jika waktu puncak, mungkin ramai wanita mengandung atau golongan OKU yang memerlukan tempat duduk, jadi perlu bagi keutamaan. Jika tiada orang maka bolehlah duduk.
Kredit foto: Twitter
Hal ini menimbulkan perbagai persoalan. Adakah rakyat Malaysia sengaja melanggar peraturan kerana tahu tiada tindakan diambil ke atas mereka? Jadi apakah yang perlu dilakukan oleh pihak berwajib bagi menangani masalah ini?
Kredit foto: Google
Dengan pelbagai kejadian yang seringkali berlaku, nampaknya peraturan semata-mata tidak mencukupi. Malahan penguatkuasaan undang-undang menerusi pegawai KTM juga mungkin tidak boleh dijadikan harapan tunggal. Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai warga Malaysia untuk memberi teguran kepada mereka yang menyalahi peraturan ini, bak kata pepatah Berani kerana benar, takut kerana salah. - CARI
|