Baru-baru ini, video seorang lelaki melakukan kejutan dengan melamar kekasihnya yang merupakan pramugari di dalam sebuah pesawat menjadi tular di media sosial di China.
Kredit foto: www.ettoday.net
Namun, gara-gara tindakan kekasihnya, pramugari tersebut yang tidak didedahkan namanya berdepan risiko dipecat majikannya iaitu syarikat penerbangan China Eastern Airlines.
Memetik laporan Liaoning STV menerusi Channel 8 Singapura, syarikat penerbangan tersebut telah menghantar surat pemecatan kepada pramugari tersebut dengan alasan lamaran tersebut mengganggu penumpang di dalam pesawat terbabit.
Tegas pengurusan syarikat penerbangan itu, gangguan sedemikian boleh menjejaskan keselamatan penumpang.
Namun, difahamkan keputusan itu turut menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan netizen di China.
Sesetengah netizen berpendapat tindakan pemecatan pramugari itu sebagai tidak berperikemanusiaan.- CARI
Post time 21-9-2018 02:06 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Pd iols la kan i sejenis cepat turn off kalo lelaki yg jenis trying hard n show off ni. So bila ad laki yg propose in public tak kira la kt konsert ke kt dlm rncgan tv ke my first expression will be EWWWWWWW, perlu ke ko nk tayang ko propose partner kau in public? Kalau buat in private kn boleh pegi lah book candle night dinner or kalau nk buat surprise buat jela kt tepi pantai time2 senja org x ramai gitu, apa perlu ko nk tayang kau lamar partner kau in public ??? Kalau bf I lamar I i public mcm ni, tanpa ragu2 dan was2 I will say NO out loud yach biar ko ghassee nk sgat attention n surprise khuens
Orix replied at 21-9-2018 02:06 PM
Pd iols la kan i sejenis cepat turn off kalo lelaki yg jenis trying hard n show off ni. So bila ad l ...
hahaha... ada jah bideo lamaran ditolak on the spot depan2 org ramai kat yt. ai suka tengok, it warms my heart
ramai yg tak suka propose stail begini. kalau buat di tempat public dan depan org ramai, si pompuan takda pilihan lain terpaksa say 'yes', ya lah kan takut dikecam takda hati perut la, mempermainkan perasan lelaki la. tp kena kat pompuan sadis, dia peduli apa, terus blah jah
Xpe, memang sudah ko mahu memperisterikan dia ,ko bela lah.
Masih ada yg berminat ke "cinta kita berdua" biarlah satu dunia tahu???
Lapok.
Kalau nak cinta , biar rahsia kita berdua sudahlah, apa kisah org lain perlu tahu? Nak dipuji romantk ke, lepas kahwin habis semua romantik itu ye yg tinggal hanya tanggungjwb ,masing2 bergelut cari duit sampai masing2 comot,dalam comot2 tu pun anak semakin bertambah hehheehhehehhehe