CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4497|Reply: 15

Lucu! Kedai Ini Pasang Papan Tanda Terbalik. Sengaja Nak Bagi Orang Kecam Ke?

[Copy link]
Post time 24-9-2018 11:46 AM | Show all posts |Read mode





Persaingan dalam sesuatu perniagaan adalah perkara biasa. Ada peniaga yang bersaing secara sihat dan ada juga yang sebaliknya bagi mendapat keuntungan dan mengembangkan lagi perniagaan mereka. Bagaimana pun, peniaga yang berjaya akan sentiasa berfikiran positif, inovatif dan kreatif bagi menarik perhatian para pelanggannya.


Seorang pengguna facebook telah memuat naik status tentang papan tanda yang sengaja digantung secara terbalik di kedai miliknya. Dia ingin memberitahu orang ramai yang melihat papan tanda di kedainya itu agar tidak berasa pelik kerana ia merupakan satu teknik pemasaran yang akan membuatkan kedainya mudah dikenali dan diketahui ramai. Lucunya, pekerja yang memasang papan tanda itu juga berkali-kali bertanyakan adakah betul pemilik kedai ini ingin memasang papan tanda itu secara terbalik?







Kedai yang dikenali dengan kedai signborad terbalik




Pelik tetapi menarik



Ramai netizen yang tertarik dengan idea pemilik kedai ini walaupun ia sememangnya pelik dan tidak dibuat orang. Yang tergelak pun ada kerana terasa amat lucu. Tetapi sudah pasti perkara yang lain daripada yang lain akan menjadi perhatian dan bualan netizen.





Teleng kepala nak baca papan tanda




Walaupun ia nampak menarik tetapi netizen berasakan ia akan menyukarkan orang ramai untuk membaca tulisan pada papan tanda itu kerana dipasang terbalik. Orang ramai terpaksa menelengkan kepala untuk membacanya.







Peniaga kreatif mudah besarkan perniagaan




Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada pemilik kedai signboard terbalik ini kerana berjaya membesarkan lagi perniagaannya dan begitu kreatif dalam pemasaran perniagaannya.







Hendak memulakan perniagaan bukanlah mudah apatah lagi untuk mempertahankan dan membesarkan perniagaan. Jadi, setiap peniaga perlulah bersaing secara sihat dan menggunakan kreativiti tersendiri untuk menarik ramai pelanggan. Setuju tak? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2018 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
import lagi orang asing banyak2 pastu bagi diorg keja mcm ni. Jenis yg tak tahu bahasa malaysia diorg manage sesama sendiri ni la jadinya. Mandur bangla supervising pekerja bangla, so nak expect apa  {:thief
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2018 12:10 PM | Show all posts
apa yg lucu nyaaa
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2018 12:20 PM | Show all posts
Apake jadah kedai sekangkang kera dikata mall
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2018 12:54 PM | Show all posts
Jual apa moksu ni?
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2018 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Syok sendiri....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-9-2018 01:33 PM | Show all posts
giant, tesco, aeon x guna pendekatan mcm ni pun elok je maju.

nak maju bukan harap nama semata2, tp servis yg berkualiti.

kalo servis dan barang baik, dekat hujung dunia pun org sanggup dtg.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2018 01:50 PM | Show all posts
tak boleh baca status dia apa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2018 02:14 PM | Show all posts
dekat highway haritu pon ada

jual ubat kurus, tapi model gumuk
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2018 02:40 PM | Show all posts
viral seeker..okla ad kelainan..
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2018 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
marketing....
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2018 01:03 AM From the mobile phone | Show all posts
dekmieDandy replied at 24-9-2018 02:14 PM
dekat highway haritu pon ada

jual ubat kurus, tapi model gumuk

sG pon tgk iklan sama n bole agak sure kind of gimik....but bahaya juga kan if people x focus on driving sbb sibuk baca iklan tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2018 05:05 PM | Show all posts
jual ape?
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2018 11:48 AM | Show all posts
Saja nak promote kedai ler ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2018 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
otai_g: giant, tesco, aeon x guna pendekatan mcm ni pun elok je maju.nak maju bukan harap nama semata2, tp servis yg berkualiti.kalo servis dan barang baik, d ...


Ajaran jijang semang dan seangkatan dengannya utk umah meleis yg nak perniagaan maju kena buat benda rare bodoh sebegini....
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2018 12:35 AM | Show all posts
ikut lesen majlis bandar, takle buat cmni lar
kalu buat juga, kene saman.kompaun bagai

bodoh punye owner
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 12:49 AM GMT+8 , Processed in 0.278989 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list