|
Orang kata, berani buat beranilah tanggung. Tindakan 'berani mati' seorang lelaki mencabar geng 'Ucuk Raver' secara 'live' mengundang padah apabila dia dibelasah beberapa individu.
"Kepada adik-beradik Ucuk, gua cabar datang ke Tasik Perdana, kita lawan. Amacam, goyang ke?
"Gua budak Setapak, gua cabar budak-budak KLCC turun. Kita boleh 'meraver'," katanya yang juga seorang pengawal keselamatan menerusi Facebook Live.
Menerusi video itu, dia kemudian dihampiri tiga lelaki di mana dua daripadanya 'memberi pengajaran' kepada lelaki berkenaan dan mengarahkannya untuk meminta maaf secara langsung.
Rata-rata netizen yang menyaksikan video itu mengecam tindakan lelaki berkenaan dan gembira apabila dia diberi pengajaran oleh individu terbabit.
"Baru sedas penyepak kat perut, terus hilang pailang," komen netizen.
Dalam masa sama, ada juga mengecam tindakan individu terbabit yang memukul lelaki berkenaan selain mendakwa mereka boleh dikenakan tindakan polis kerana melakukan serangan fizikal.
Respek atau tindakan bodoh?
Namun, apa yang menggelikan hati adalah apabila segelintir penonton menyedari sesuatu yang melucukan berlaku ketika ketibaan tiga individu terbabit.
Ngam-ngam abang-abang tu sampai, dia terkentut!
'Abang Long Setapak' dikenali sebagai Sapik itu kemudian memuat naik beberapa status dan video memohon maaf atas perbuatan sia-sianya itu selain bimbangkan keselamatannya.
Foto/Video: FB Sapik
Itulah dik, lain kali berfikir dulu sebelum melakukan sesuatu. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya. - CARI |
|