Datuk Seri Aliff Syukri, Nur Sajat dan Safiey Illias adalah tiga usahawan terkenal yang paling mendapat perhatian masyarakat.
Apa saja dilakukan mereka pasti mendapat perhatian orang ramai dan terbaru, video penceramah Ebit Lew bertemu ketiga-tiga mereka tular di laman sosial.
Usaha dakwah yang mempertemukan Ebit dengan Aliff, Sajat dan Safiey mendapat perhatian orang ramai hingga diperkatakan di laman sosial.
Bagaimanapun, Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan meluahkan rasa terkilannya berhubung perkara itu dan memberi peringatan kepada rakan seperjuangan lain supaya tidak menjadi 'alat kapitalis' yang mempergunakan agamawan sebagai dinding melariskan perniagaan.
"Beringatlah kita para asatizah (guru) daripada menjadi alat kapitalis yang jahat.
"Mereka menggunakan agamawan untuk menjadi dinding mereka. Menjadikan Hijrah sebagai pelaris perniagaan," katanya di laman Facebook.
Rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat PU Rahmat yang mendakwa kebanyakan golongan LGBT menjadikan 'taubat' sebagai strategi pemasaran untuk melariskan perniagaan.
Geng kapitalis guna golongan agama sebagai benteng
Malah, orang ramai berharap Ebit serta pendakwah lain berhati-hati agar tidak 'dipijak' golongan sedemikian.
Cukuplah sekali kita terkena dengan Safiey
"Sampai hari ini aku tak percaya puak ni nak berubah. Gimik marketing je tu!" komen netizen.
Kredit foto: FB PU Rahmat
Menurut netizen, jika golongan seperti mereka sudah insaf, mereka pasti tidak akan menghina pendakwah lain. Tetapi, sebaliknya yang berlaku.
Kredit foto: FB PU Rahmat
Bukan tidak ada pendakwah lain berusaha menasihati golongan LGBT. Namun, usaha mereka bukan saja bagai mencurah air ke daun keladi, malah dihentam pelbagai pihak terutama penyokong golongan terbabit.
Sementara itu, beberapa pihak menggesa PU Rahmat supaya membuat satu video kesedaran berhubung perkara itu seperti yang pernah dilakukannya ketika mengulas tindakan penyampai media syarikat BFM Media Sdn Bhd, Aisyah Tajuddin yang menentang hukum hudud suatu ketika dahulu.
Tak dinafikan, kebanyakan manusia memang sifatnya suka mengambil kesempatan. Terpulang kepada individu untuk menilai antara yang baik dan buruk. - CARI |