Pakar sejarah yang bijak dan cemerlang dalam bidang sejarah, menggali mayat kanak-kanak dan memakaikan mereka pakaian lengkap seperti anak patung.
Memetik Mirror, Anatoly Moskvin yang ditahan sejak 2011 itu disahkan menghidap penyakit mental dan tidak dibicarakan serta hanya diberikan rawatan di klinik psikatari.
Bagaimanapun, baru-baru ini ibu bapa mangsa mula berasa bimbang tentang ura-ura yang menyatakan Moskvin akan dibenarkan keluar daripada klinik tersebut tidak lama lagi.
Ibu Olga Chardymova. Foto: Mirror UK
Mayat Olga Chardymova yang berusia sepuluh tahun ketika digali adalah salah seorang daripada 29 mayat yang dicuri dari tanah perkuburan yang kemudian disembunyikan Moskvin di sebuah flat yang dikongsi bersama orang tuanya di Rusia.
Ibu Olga, Natalia Chardymova, 46, sangat marah atas permohonan rasmi yang telah dibuat untuk melepaskan "lelaki jahat" itu dari hospital jiwa.
Bagaimanapun, mahkamah hanya akan memutuskan pada minggu ini sama ada mereka akan melepaskan ahli sejarah berusia 52 tahun itu atau tidak.
Anatoly Moskvin. Foto: Mirror UK
Moskvin dikatakan memakaikan mayat kanak-kanak tersebut dengan stoking, pakaian wanita dan but paras lutut untuk membuat mereka kelihatan seperti anak patung. Malah, dia turut mengoles gincu dan mekap pada wajah mereka.
"encuri" mayat kanak-kanak itu sebenarnya seorang yang bijak dengan bilangan kajian saintifik yang mengagumkan. Ketika dia ditahan, polis mendapati mayat mangsa telah disembunyikan selama sembilan tahun dan kehilangan mayat Olga langsung tidak disedari Natalia sepanjang dia melawat kubur anak perempuannya itu.
Semasa ditahan, Moskvin yang mengaku bersalah berkata tindakannya itu dilakukan kerana dia tidak mahu kanak-kanak itu berasa sejuk.
"Kamu meninggalkan anak-anak gadis kamu dalam keadaan sejuk, jadi saya membawa mereka ke rumah untuk menghangatkan tubuh mereka," katanya.
Sementara itu, ibu Moskvin, Elvira yang berusia 76 tahun memberitahu polis selepas lelaki itu ditangkap bahawa dia tidak menyedari perbuatan Movskin.
"Kami melihat anak patung itu tetapi kami tidak mengesyaki terdapat mayat di dalamnya. Kami fikir ia adalah hobinya untuk membuat anak patung besar dan tidak merasakan ada yang tidak kena dengannya," Ujar wanita itu dipetik daripada Mirror UK. - CARI |