Kerajaan menyokong baik cadangan Persatuan Insaf Pahang (PIP) melaksanakan program bertukar kerjaya kepada golongan mak nyah atau transgender.
Langkah ini adalah usaha bagi membantu golongan berkenaan keluar daripada belenggu sebagai pekerja seks.
"rogram seperti itu telah pun dilaksanakan PIP yang terbukti mewujudkan kesan positif kepada golongan berkenaan untuk terus berubah," kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh.
Kredit foto: Sinar Harian
Menurutnya, PIP bertanggungjawab menyediakan kertas kerja program itu sebelum diperluaskan ke seluruh negara.
"Hasil pertemuan, ramai di kalangan mereka yang mengakui mahu kembali ke pangkal jalan, namun tidak diberi peluang pekerjaan yang lebih baik menyebabkan golongan berkenaan kembali terjebak dengan pekerjaan lama.
"Kita akan bimbing walaupun tiada kemahiran supaya mereka dapat berdikari dalam mencari pendapatan.
"Melalui program itu, kita mahu mereka secara sukarela meninggalkan pekerjaan seks dan bukannya dengan paksaan.
Kredit foto: mStar
"Kita akan berikan mereka kemahiran, kelayakan atau sijil untuk menceburi bidang perniagaan, andaman, solekan, katering dan rekaan fesyen,” katanya. - CARI |