Siapa yang teringin untuk memasak ayam persis ayam panggang, tapi tak memiliki ketuhar? Hanya dengan periuk nasi, hasrat anda boleh tercapai!
Kredit foto: Eater Chicago
Resipi ayam yang dimasak menggunakan garam ini unik kerana ia dimasak menggunakan periuk nasi saja!
Mari cuba resipi yang dipetik daripada portal berita EraBaru ini. Resipi ini pada asalnya telah dikongsikan oleh seorang pengguna YouTube. Mudah sahaja!
Bahan-bahan:
1 ekor ayam (bergantung kepada saiz periuk nasi)
2 paket garam kasar
3 batang daun bawang (dipotong dua)
5 ulas bawang putih
1 tangkai bunga lawang
1 potong halia
Sedikit pati Anggur
3 tangkai bunga lawang (ditumbuk kasar)
1 sudu besar lada hitam
½ sudu kecil garam
Minyak masak
Cara-cara:
1. Bersihkan ayam dan lumurkan dengan sedikit garam. Picit-picit seluruh bahagian ayam sehingga garam tersebut mesra.
2. Tuang sedikit pati atau perahan anggur ke atas ayam. Lumurkan sehingga rata di luar dan dalam ayam.
Kredit Foto: EraBaru
3. Kemudian, tuangkan sedikit minyak masakan dan lumur ke seluruh bahagian ayam sehingga mesra.
4. Toskan ayam untuk mengasingkan lebihan minyak masakan, pati anggur dan garam.
Kredit Foto: EraBaru
5. Setelah itu, masukkan bawang putih, daun bawang, halia dan setangkai bunga lawang ke dalam perut ayam. Ikat kedua-dua kaki ayam untuk menutup ruang yang terbuka.
6. Sediakan sekeping pembalut kerajang aluminium berdasarkan saiz ayam. Sapukan sedikit minyak di permukaan pembalut.
7. Kemudian, bungkuskan ayam dengan pembalut kerajang aluminium tadi dengan kemas.
8. Tuangkan dua paket garam kasar ke dalam kuali panas. Sangrai (goreng tanpa minyak) sebentar dengan api kecil.
9. Kemudian, campurkan tiga tangkai bunga lawang yang telah dihancurkan dan lada hitam dengan garam. Sangrai campuran garam, bunga lawang dan lada hitam itu sehingga kering.
Kredit Foto: EraBaru
10. Sapukan permukaan dalam periuk nasi dengan sedikit minyak masakan.
11. Tuangkan sebahagian campuran garam yang telah disangrai kedalamnya. Kemudian, masukkan ayam yang telah dibalut dengan kertas kerajang aluminium tadi ke dalam periuk nasi. Timbuskan ayam dengan sebahagian lagi garam sangrai tadi sehingga ayam tertutup sepenuhnya.
Kredit Foto: EraBaru
12. Masukkan periuk nasi ke dalam bekasnya. Tekan butang memasak sebagai mana proses memasak nasi lazim dilakukan. Biarkan selama kira-kira 35 minit.
13. Setelah masak, ayam bolehlah dipotong kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil. Siap dimakan!
Kredit Foto: EraBaru
Anda juga boleh mengolah resipi di atas mengikut cita rasa masing-masing. Yang penting, pastikan ayam dibalut dalam kerajang aluminium dengan kemas. Jangan sampai terkoyak atau berlubang ya balutannya! Selamat mencuba! - CARI
Kredit resipi: EraBaru |