CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2744|Reply: 14

Pelancong Jerman Maut Dipijak Gajah Ketika Cuba Ambil Gambar

[Copy link]
Post time 28-9-2018 12:34 PM | Show all posts |Read mode
Berita berikut mungkin memberi iktibar buat kita semua iaitu jangan sesekali cuba mengambil gambar haiwan ketika berada di zoo.


Memetik laporan New York Post,  baru-baru ini terdapat seorang pelancong dari Jerman maut dipijak gajah di rizab popular di utara Zimbabwe ketika cuba merakamkan gambar haiwan itu.


Kredit foto: nypost.com



Menurut jurucakap Pihak Berkuasa Pengurusan Hidupan Liar dan Taman Zimbabwe, Tinashe Farawo, serangan berlaku di Mana Pools selepas wanita itu meninggalkan kenderaan perlindungan yang dinaikinya.


“Maklumat yang kami peroleh adalah pelancong terjumpa dengan sekumpulan gajah apabila memasuki taman itu dan mula mengambil gambar."


“Kami tidak tahu apa mengganggu haiwan berkenaan sehingga ia menyerang wanita itu.”


Wanita berkenaan meninggal dunia semalam akibat kecederaan dialami.


Nama mangsa tidak didedahkan oleh pihak berkuasa.


Kes serangan gajah sering kedengaran di Zimbabwe yang memiliki kira-kira 84,000 mamalia itu.


Tahun lalu, seekor gajah terlatih memijak pemandu pelancong di Victoria Falls, resort peranginan di barat negara itu.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2018 12:49 PM | Show all posts
Dah tahu masuk dalam kawasan gajah liar lagi nak berani turun dari kenderaan pelindungan memang  mengundang ler
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2018 01:03 PM | Show all posts
mungkin gajah tu pun stress kot with all the flash maybe... macamana la tak mati, gajah tu besar apa
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2018 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Sendiri cri penyakit...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2018 02:23 PM | Show all posts
Mat salleh ni mmg terlebih berani, aku pun tak berkenan perangai dorg yg terlalu berani mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2018 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
OrenTheReturn replied at 28-9-2018 02:23 PM
Mat salleh ni mmg terlebih berani, aku pun tak berkenan perangai dorg yg terlalu berani mcm ni.


Pandai bukak pintu kereta..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-9-2018 07:28 PM | Show all posts
^CUN_GILA~. replied at 28-9-2018 03:01 PM
Pandai bukak pintu kereta..

Saja nak cari bala.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2018 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai je pelancong yang tidak rules bila masuk ke tempat spt ini.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2018 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
^CUN_GILA~. replied at 28-9-2018 03:01 PM
Pandai bukak pintu kereta..

Giler ..aku pun terkejut ...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2018 08:15 PM | Show all posts
OrenTheReturn replied at 28-9-2018 02:23 PM
Mat salleh ni mmg terlebih berani, aku pun tak berkenan perangai dorg yg terlalu berani mcm ni.

kan sis? dulu pun ada kes satu family kokesen mati dipijak gajah, sbb nak tengok dekat2 kununnya. adakah bangsa ni dilahirkan dgn perasaan curious terlampau hingga membawa maut
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2018 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang kena heret dgn harimau pun ada kan.ummah sama ni la. Dah kata jgn keluar kereta nak jugak keluar (nak tukar driver) alih2 kena heret masuk semak. 2 ekor kot bukan sekor. Mak berlari masuk semak nak tolong alih2 dia pun skali kena. Lupa siapa yg mati. Mak or anak perempuan dia tu. Seriau tgk video
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2018 10:46 PM | Show all posts
dani-rox replied at 28-9-2018 08:15 PM
kan sis? dulu pun ada kes satu family kokesen mati dipijak gajah, sbb nak tengok dekat2 kununnya.  ...

Bangsa ni mmg pelik skit thp mesra alam dia pd binatang nature bagai, dorg ingat binatang alam sekitar bagai tak blh bagi bahaya pd dorg ke? Yang kat  rmh ni pun mcm tu lah klu blh aku nak tambat sis dani oiii sbb plannya ada jah yg sgt menggerikan aku. Perlukah aku hidop dgn rasa susah hati selalu? Sbb ada org nak buat itu nak buat ini. Tak blh ke hidop normal2 mcm manusia biasa2 tanpa cari cabaran yg bahaya huh
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2018 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Depa punya berani melampau kdg2.my hubby dok ajak pg Africa nak tengok singa.adui...mls akak nak layan
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2018 06:32 PM | Show all posts
OrenTheReturn replied at 28-9-2018 10:46 PM
Bangsa ni mmg pelik skit thp mesra alam dia pd binatang nature bagai, dorg ingat binatang alam sek ...

bertabahlah sisturr mesra yg teramat dgn alam sekeliling nih dah sebati dlm jiwa kot hahaha tp seharusnya berpada2lah kan kalau iya pun animal lovers. pasangan kekasih mati dibaham beruang bertahun nan lalu pun bangsa ni jugak. ada ka patut teori dia org, kalau kita tunjuk kaseh sayang dan memahami hewan walaupun buas, hewan tu akan terima kehadiran kita dgn baik. ujung2 jadi lauk beruang.
ai tingat comedian kulit hitam banding2kan hobi org putih dgn bangsa lain, kokesen katanya memang sewel... kalau berkemampuan time cuti ujung minggu dia org akan pi payung terjun la, paragliding la... bangsa bukan kokesen pulak kalau kaya, mati hidup semula belum tentu terfikir nak buat hobi2 tu semua

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2018 07:29 PM | Show all posts
ummah pprt tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:35 PM GMT+8 , Processed in 0.161333 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list