CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5987|Reply: 2

Suami,Lakukan ini kepada isteri anda!

  [Copy link]
Post time 28-9-2018 10:08 PM | Show all posts |Read mode
Dukung si isteri

Dimulakan dengan ciuman kasih sayang dan sentuhan manja, angkat isteri dengan posisi mendukung dari arah depan. Jika anda tidak yakin dengan kemampuan anda dan berat si isteri, lakukannya di bahagian dinding sebagai penyokong di bahagian belakang si isteri sekaligus ia boleh memudahkan sesi awal hubungan seks kalian.


Gerakan agresif

Sesetengah wanita sukakan cara ini untuk meningkatkan deria rangsang seks mereka. Lakukan dengan cara yang lembut seksi dan sedikit agresif, dakap erat si isteri dari arah belakang dan posisi tangan di bahagian depan lehernya. Pasti si dia mudah cair dengan cara ini.


Mood romantik

Kala malam hari lahirnya, apa kata jadikan ia satu malam yang romantik. Boleh dikatakan ramai wanita suka jika suami membuat perkara romantik. Taburi kamar tidur dengan kelopak bunga ros merah, ia pasti buat si dia teruja untuk langkah seterusnya.


Tanggalkan pakaiannya perlahan-lahan

Wanita itukan berjiwa mudah sensitif, jadi untuk semarakkan sesi intim kalian, cuba tanggalkan pakaiannya secara perlahan-lahan, helaian demi helaian. Bukan hanya terpancar raut wajah teruja suami kala menanggalkan pakaian isteri, malah buatkan isteri turut jatuh hati sekali lagi kepada anda.


Manjakan si dia

Jadikan satu malam itu saat yang hanya layanan istimewa buat si dia. Manjakan si dia dengan ciuman manja, urut lembut di seluruh tubuhnya, sakatnya dengan cara menggeletek, dan layaninya sehingga si dia penat dan dakap erat tubuhnya. Malam seterusnya pasti si isteri membalas balik layanan istimewa yang anda hadiahkan.


Spontan

Berikan kejutan buat isteri kerana ramai wanita mempunyai fantasi mereka terhadap suami. Spontan dalam membawa si isteri untuk berhubung intim tanpa perlu menyatakan langkah-langkahnya. Ia sebenarnya kelihatan sangat seksi bagi wanita.


Ciuman

Jangan lupa kepentingan ciuman mesra yang mengambil sedikit masa kerana nafsu seks wanita boleh meningkat melalui ciuman kasih sayang yang suami berikan.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2021 01:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmmm... Kalau time dia pun nak... Kalau dia tak nak tu... Rasanya buat mcm tu pun x jalan... Haha. Entahlah... Bg perempuan sendiri la yg jawab...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 07:05 AM | Show all posts
dengan anak kecik lagi mana nak sempat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.301727 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list