"Saya Eva dan saya pesakit kanser stage 4."
Sejak semalam, laman media sosial digemparkan dengan gambar-gambar Nora Danish berkepala botak dengan status Kanser rahim peringkat 4. Namun begitu, jangan terkejut, bukannya Nora Danish mengidap kanser tetapi watak yang dibawakannya iaitu Eva dalam drama terbarunya Hingga Jumpa lagi, bergandingan dengan Kamal Adli.
Biarpun tampil dengan imej yang sangat 'rare' hingga 'memakan' kecantikannya, namun Nora dilihat tetap tampil cantik dengan caranya tersendiri. Jom, kita lihat gambar-gambar yang dikongsi bersama pengikutnya di Instagram.
Kredit foto: IG
Kredit foto: IG
"Saya redha dan saya beruntung mempunyai suami yang sangat penyayang. Tapi, saya tak nak dia terus begini, saya tak nak menyusahkan dia. Kalau boleh, saya nak turn back time. Biar dia tak jumpa dengan saya. Biar dia kahwin dengan orang lain. Saya tak nak dia terseksa."
Begitulah bait-bait tulisan beremosi daripada wanita yang bernama Eva. Menerusi Utusan Online yang menghubungi Nora Danish, watak Eva yang banyak bermain dengan emosi adalah antara yang dinanti-nantikan.
"Saya teruja kerana bukan mudah memainkan peranan sebagai pesakit kanser tetapi perlu positif. Jadi, saya mahu pesakit kanser dapat mengambil kekuatan daripada telemovie ini. Teruskan kehidupan dan anda semua kuat," katanya.
Kredit foto: IG
Ternyata Nora juga begitu menghayati watak tersebut berdasarkan kemas kini di laman Instagramnya yang banyak memuat naik gambarnya sebagai Eva.
Sama ada sekadar botak atau pun memakai turban, Nora tetap kelihatan cantik. Malahan ayat-ayat motivasinya seperti "tiada lagi hari rambut buruk" dan "Kesakitan itu tidak bererti anda kalah tetapi kekuatan dan kesabaran adalah diri anda yang sebenarnya."
Kredit foto: IG
Kredit foto: IG
Malahan ramai pengikut Nora memuji penampilannya yang tampak comel.
Setiap pelakon berkarektor perlu berani membawakan sebarang watak dan pastinya watak beremosi begini dinanti-nantikan oleh ramai pelakon. Pastinya ramai yang tidak sabar menantikan telenovela ini. - CARI
|