Hampir setiap hari kita dijamu dengan pelbagai isu serta kenyataan kontroversi daripada pengguna media sosial termasuk orang berpengaruh seperti Pencetus Ummah ini.
Lebih dikenali sebagai PU Amin, bekas peserta Pencetus Ummah ini sekali lagi mencetuskan kontroversi dengan mengeluarkan kenyataan yang agak menyinggung perasaan orang ramai.
Berikut adalah kenyataan daripada PU Amin. Namun, dipercayai beliau telah memadam tweet berkenaan di halaman Twitternya.
Kredit foto: FB Rahman Imuda
Berikutan itu, orang ramai membanjiri ruangan komen dengan memberi kecaman kepada PU Amin, malah segelintir netizen kelihatan agak keterlaluan dalam memberi buah fikiran.
Sementara itu, menerusi laman Instagramnya, PU Amin dipercayai akan menyertai pasukan sukarela untuk memberi bantuan kepada rakyat di Sulawesi.
Kredit foto: IG PU Amin
Apa pendapat anda? Penulis rasa, kalau tiada benda berfaedah nak dikatakan, lebih baik diam saja. - CARI |