Mahkamah, hari ini membenarkan polis menggali semula kubur Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd yang meninggal dunia dalam kebakaran di rumahnya, Jun lalu.
Kredit foto: theSundaily
Memetik Harian Metro, permohonan itu dibuat pegawai penyiasat kes di dalam kamar Majistret Nor Ariffin Hisham di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.
Permohonan itu dibuat bagi mendapatkan mayat Allahyarham Nazrin Hassan untuk menjalankan bedah siasat kali kedua dan proses menggali kubur akan dibuat pada Rabu ini.
Ahli keluarga Nazrin ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya
Kredit foto: NSTP
Selain isteri Nazrin dan bekas suami yang ditahan reman tujuh hari pada 4 September lalu, anak tiri Nazrin berusia 14 dan 16 tahun turut ditahan pada 9 September.
Turut ditahan reman, adik ipar Nazrin dan suaminya pada 24 September lalu, namun kesemuanya dibebaskan selepas tamat reman.
Terdahulu, media melaporkan kematian Nazrin pada 14 Jun dipercayai berpunca akibat terhidu asap kebakaran berlaku selepas telefon bimbit meletup ketika dicas di bilik tidurnya. - CARI |