View: 4238|Reply: 23
|
Enggan Urus Majlis Rakan Baik, Nama Pengapit Dibuang Dari Senarai Jemputan
[Copy link]
|
|
Merancang sebuah majlis perkahwinan memang mengambil masa dan tenaga yang banyak. Terdapat banyak perkara perlu diselesaikan termasuklah lokasi, gaun pengantin, lokasi bulan madu, kek dan kos perbelanjaan.
Jadi, tidak hairanlah bakal pengantin mengambil masa yang panjang dan memerlukan bantuan rakan demi merealisasikan majlis perkahwinan impian.
Namun, jika salah percaturan boleh putus sahabat dibuatnya!
Foto: Mirror UK
Menerusi Facebook, seorang wanita mendedahkan bagaimana persahabatan 20 tahunnya terkubur begitu saja dengan alasan yang tidak masuk akal!
Menurut Marissa rakannya, bakal pengantin sering merajuk dan mahu semua perkara mengikut telunjuknya. Setelah rakannya menerima lamaran daripada teman lelaki, Marissa bersetuju untuk menjadi pengapit kerana menghargai persahabatan mereka.
Foto: Mirror UK
Malah, ketika rakannya itu menganjurkan parti bujang, Marissa sanggup menjadi pelayan di majlis itu apabila rakannya kekurangan bajet untuk mengupah pekerja!
Bantuan Marissa itu malangnya memakan diri. Marissa pula dituduh antisosial oleh rakan baiknya apabila dilihat kurang berbual dan hanya melakukan tugasnya.
Foto: Mirror UK
Kemuncak kepada perselisihan itu berlaku apabila Marissa gagal hadir untuk membeli makanan bersama bakal pengantin itu. Rakannya bertindak mendiamkan diri dan tidak menyapa Marissa kerana ketidakhadirannya.
Seminggu selepas itu, bakal pengantin itu mula meluahkan isi hatinya kepada Marissa.
Selain menuduhnya seorang pembuli, rakannya turut mendakwa Marissa langsung tidak membantu dia menguruskan majlis perkahwinannya.
Marissa juga dikatakan tidak memuji foto majlis pertunangannya dan memberikan komen bahawa dia adalah 'pengantin paling cantik'.
Lebih sadis, Marissa dimarahi kerana tidak ‘like’ gambar pra perkahwinan dimuat naik rakannya yang kemudian bertindak memutuskan hubungan persahabatan serta tidak menjemput Marissa ke majlis perkahwinannya.
Eh, ada juga kawan berperangai begini ya? Sudahlah pentingkan diri, langsung tidak menghargai kawan yang dah banyak bersusah-payah memuaskan kehendaknya. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
manusia macam ni pun ada? Bertabahlah si suami {:teatime |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan benda baru pun ramai je yang berperangai sebegini zaman sekarang ni |
|
|
|
|
|
|
|
Tak payah kawan la dengan pengantin tu. Tak worth it {:run |
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah dah kawen. Perempuan yang cantik cantik perangai hodoh dan bodoh mcm ni elok kawen cepat cepat tak de lah aku tersalah pilih nnti. |
|
|
|
|
|
|
|
Haha.. mcm drama kokesen kat channel Diva. |
|
|
|
|
|
|
|
bridezilla la tu ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
teringat luahan seseorang kat fd sebab kawan baik yang lahanat sangat buli diorang2 sebelum, semasa dan selepas kenduri... siap nak kelepet duit dia suruh tempahkan hotel untuk honeymoon... |
|
|
|
|
|
|
|
uihh... macam ni pun boleh? 20 years kawan but because of petty things like those boleh putus? memang tak worth la kawan dengan orang macam tu ![](static/image/smiley/default/mad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
poyo giler kawan macam tu |
|
|
|
|
|
|
|
tabahnya marissa. bleh bertahan 20tahun dgn kwn perangai mcm ni. kalo aku silap2 sebulan pun xsampai |
|
|
|
|
|
|
|
macam pnh baca jugak...
bukan si pengantin suruh kawan2 dia beli baju pengapit tapi bayar sendiri?
|
|
|
|
|
|
|
|
aah... semua kena bayar sendiri... dah la keras kejung kainnya... alih2 masa kenduri dia ada bridesmaids lain kan...
|
|
|
|
|
|
|
|
ha....
plastu dia play victim kan?
org mcm nie ada di mana2 lah
|
|
|
|
|
|
|
|
aah... memang drama abeh pengantin tu... aku yang baca pun stress, ni kan pulak tt dengan kengkawan yang mengadap...
|
|
|
|
|
|
|
|
bertabah la ada kwn mcm nie...![](static/image/smiley/default/3shakehead.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
tanda-tanda sakit mental....
sick people....
tak rugi tak dapat kawan macam ni..... |
|
|
|
|
|
|
|
ni mesti ego tahap langit ni. sanggup dia buat2 buta utk friendship 20years tu. ish3! |
|
|
|
|
|
|
|
eyansss replied at 2-10-2018 11:07 PM
teringat luahan seseorang kat fd sebab kawan baik yang lahanat sangat buli diorang2 sebelum, semasa ...
cerita baru ke da lama ek...
boleh bg link x..
aku ade byk masa..hehe |
|
|
|
|
|
|
| |
|