Niat baik pelakon Lindsay Lohan, 32, cuba menyelamatkan dua kanak-kanak lelaki yang kononnya cuba diseludup sepasang suami isteri hampir berakhir dengan tragedi apabila rupa-rupanya suami isteri yang juga pendatang dari Syria itu sebenarnya ibu bapa kandung kepada kanak-kanak berkenaan.
Kredit Video: Youtube
Dalam video tular yang dimuat naik Lindsay, dia kelihatan hanya menyedari kesilapannya selepas mendapat 'hadiah' daripada ibu kanak-kanak terbabit.
Kredit Foto: YourNewsWire
Kejadian itu berlaku di Moscow, Russia, pada Jumaat lalu ketika pelakon berkenaan sedang membuat siaran langsung melalui akaun Instagramnya.
Menurut TMZ, pada mulanya Lindsay kelihatan gembira dan cuba memperkenalkan keluarga pendatang Syria yang baru dikenalinya itu.
Walau bagaimanapun, Lindsay tiba-tiba berasa curiga apabila melihat riak wajah kanak-kanak terbabit.
Kredit Foto: Breitbart
Apabila keluarga itu cuba pergi meninggalkannya, Lindsay menjerit kepada kanak-kanak berkenaan untuk berlari menyelamatkan diri dan masuk ke dalam keretanya.
Sambil menjerit meminta pertolongan, Lindsay menuduh pasangan suami isteri terbabit sebagai penyeludup kanak-kanak.
Menggunakan kebolehannya berbahasa Arab, pelakon yang pernah tinggal beberapa tahun di Dubai itu menjerit memarahi pasangan berkenaan, "Kamu merosakkan budaya Arab, lepaskan kanak-kanak ini," jeritnya kepada pasangan terbabit.
Dia juga cuba menenangkan kanak-kanak itu dengan menyatakan dia akan membantu mereka melarikan diri.
Kredit Foto: Iconichipsters.com
Apabila dia masih tidak diendahkan, Lindsay cuba menarik tangan salah seorang kanak-kanak terbabit, tetapi wanita itu menumbuk mukanya dan memberitahu dia adalah ibu kandung kepada kedua budak lelaki berkenaan.
Terkejut kena lempang, Lindsay kelihatan menangis dan menghentikan usahanya. Lindsay, kemudiannya dilihat meninggalkan lokasi itu.
Kredit Foto: IG Lindsay Lohan
Sejurus kejadian itu, Lindsay memuat naik kata-kata 'Life is a series of tiny miracles, notice them' di IGnya dengan tanda pagar #helpothers.
Nampaknya, niat baik Lindsay hampir memakan dirinya sendiri. - CARI |