Akan tetapi, itu semua tidak mematahkan semangat penggemar sushi tegar yang ingin mencuba kelainan sushi butod ini. Persoalan seperti adakah ulat tersebut itu hidup ketika dihidangkan, bagaimana rasanya menjadikan ia sesuatu yang menarik.
Sebagai info, nama pun sushi, jadi pastinya ia tidak dimasak dan anda perlu memakannya hidup-hidup bersama sos yang disediakan. Ada yang memberi komen ianya lembut dan rasanya seperti daging ayam.
"Aku lagi rela makan ulat tu dari sushi purple."
Lebih melucukan, ada yang cuba membayangkan sushi butod seperti meratah ayam goreng.
Mungkin bagi sesetengah warga Semenanjung, memakan ulat sagu adalah di luar jangkaan, namun tidak perlulah memberi komen keterlaluan seperti 'geli, jijik' dan sebagainya hingga membuatkan orang lain terasa.
Kredit foto: Twitter
Jika yang dipersoalkan itu adalah halal haram, maka ia perlu diberi perhatian serius oleh umat Islam untuk mengelakkan makanan tersebut. Namun, jika ia membabitkan makanan tradisi masyarakat berbilang kaum di Malaysia, maka adalah tidak wajar bangsa lain memberi komen yang menyakitkan hati si penerima. Jadi, ada sesiapa teringin menikmati sushi butod? - CARI