View: 1237|Reply: 9
|
Bekas Perdana Menteri Terkilan Dengan Tuduhan "Semua Salah Najib"
[Copy link]
|
|
Setelah Barisan Nasional (BN) kalah dan kehilangan kuasa, macam-macam “pahat” mula berbunyi di sana sini kebelakangan ini.
Individu yang paling ketara dijadikan bahan tuduhan adalah penerajunya iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kredit foto: carian internet
Berita Harian melaporkan, bekas Perdana Menteri itu semalam meluahkan rasa terkilan apabila beliau sering dipersalahkan dalam semua perkara termasuk prestasi buruk pasukan bola sepak Inggeris, Manchester United.
Menerusi entri di Facebook rasminya, Najib merujuk kepada kekalahan pasukan kegemarannya itu dan pada masa sama diserang oleh pelbagai pihak disebabkan masalah dihadapi mereka.
“Macam-macam tuduhan liar kebelakangan ini. Senanglah kerja semua orang guna modal ‘Semua salah Najib’."
“Harga tak turun? Salah Najib. Man U kalah? Salah Najib."
“Esok kalau hujan lewat masuk kerja? Salah Najib,” katanya.
Kenyataan itu juga dibuat selepas tertuduh dalam kes pembunuhan Kevin Morais mendakwa Najib menawarkan RM3.5 juta untuk mengaku bersalah.
Najib menyifatkan tuduhan itu sebagai karut.
Manchester United, yang juga kelab bola sepak Inggeris pilihan bekas Presiden Umno itu, kalah 3-1 dalam perlawanan menentang West Ham United pada 29 September lalu dan berada di tangga ke-10 liga ketika ini.- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
tak lawak la datuk.. |
|
|
|
|
|
|
|
hahahaha... sedeyyy pulak... drama king la ... |
|
|
|
|
|
|
|
Sewel dah kot.. ni mesti mandrem kak ros dah tak jalan. Tu yg bagaikan budak dapat basikal lajak.. asyik meroyan kat socmed..
Dulu jd tikus |
|
|
|
|
|
|
|
Sentap kitew taww |
|
|
|
|
|
|
|
Manchester United, yang juga kelab bola sepak Inggeris pilihan bekas Presiden Umno itu, kalah 3-1 dalam perlawanan menentang West Ham United pada 29 September lalu dan berada di tangga ke-10 liga ketika ini
Sudah terang lagi bersuluh salah Najib! |
|
|
|
|
|
|
|
Apa la jibbun ni....sepatutnya dia bangga bila org sebut2 nama dia. Mana ada org sebut2 nama Pak Bedollah ke Pak Chin Peng ke.... klau ada bala berlaku? Nama jibbun jg naik |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by akusukaq at 3-10-2018 03:39 PM
atuk berak sembelit pung salah najib |
|
|
|
|
|
|
| |
|